Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Paten Unik Kerusi Fabrik Porsche Ini Buktikan Material Kulit Kadang-Kadang Overrated
Autotainment

5 Paten Unik Kerusi Fabrik Porsche Ini Buktikan Material Kulit Kadang-Kadang Overrated

Han OthmanBy Han Othman27/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1960-an hingga 1980-an, Porsche kerap bereksperimen dengan banyak paten liar untuk kerusi kereta. Hasilnya, banyak paten fabrik unik dan pelik dihasilkan yang bukan saja tampak menarik dan unik, tetapi mampu menjadikan material kulit tidak lagi relevan sebagai kemasan upholsteri.

Apakah, Porsche bakal mengembalikan semula trend tersebut?

Lihat video Porsche di bawah ini. Ketua Rekabentuk Dalaman Porsche, Ivo Van Hulten dan salah seorang pereka trim dan warna Porsche, Cornelia Rosenbohm memilih lima model kereta daripada muzim Porsche untuk menunjukkan paten kerusi terbaik yang pernah dihasilkan pengeluar kereta mewah dari Jerman itu.

BACA >>> Jenis Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta yang Perlu Anda Tahu

Antaranya, 928 S dan 911 3.2 yang kedua-dua model itu menggunakan kerusi corak Pinstrip (jalur halus), manakala 930 Turbo milik anak perempuan Ferdinand Porsche, Louise Piech menggunakan kerusi fabrik Tartan. Model awal 901 pula menggunakan kerusi paten Houndstooth, iaitu corak dam, kotak atau abstrak yang disusun seragam. Akhir sekali ialah model 911 SC yang menggunakan paten Pasha berupa corak dam atau berkotak tidak seragam.

Pasha menjadi pilihan Van Hulten dan Rosenbohm, dan tidak sukar kenapa corak begitu menjadi pilihan pereka berdua itu sebab ia memang unik dan cantik betul! Asalnya, paten Pasha direka untuk meniru gerakan bendera berkibar, tetapi corak yang terhasil menyerlah imej gaya era disko.

Porsche sejak akhir ini cuba memperkenalkan semua fabrik dengan paten seperti itu. Model 911 R misalnya menggunakan paten Houndstooth, manakala 911 Carrera memilih paten pinstrip. Persoalannya, kenapa mesti Porsche saja, atau Volkswagen Golf GTI dengan kerusi Tartan?

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul & Kerusi Pelekat Volkswagen Golf GTI

Pengeluar lain pun rasanya tidak salah bereksperimen dengan corak dan paten kerusi baharu. Malah, Proton pernah memperkenalkan Iriz versi facelift dengan kerusi ala Tartan. Walaupun tidaklah berapa menawan, tetapi sekurang-kurangnya berani mencuba. Tidaklah kita bosan sebab asyik dihidangkan denga material kulit berwarna senada yang kononnya menunjukkan sesebuah kereta itu premium dan eksklusif.

autotainment Cornelia Rosenbohm Fabrik Houndstooth Ivo Van Hulten Kerusi Fabrik Kerusi Kereta Kerusi Kulit kulit material Pasha Pinstrip Porsche Tartan Upholsteri videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.