Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Iriz ‘Facelift’ Kini Diperhalusi, Lebih Responsif dan Senyap [80++ Foto Menarik]
Roda4

Proton Iriz ‘Facelift’ Kini Diperhalusi, Lebih Responsif dan Senyap [80++ Foto Menarik]

Han OthmanBy Han Othman25/05/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON semalam mendedahkan model Iriz versi diperhalusi (refinement) yang bukan saja menampilkan pembaharuan luaran dan dalaman, tetapi turut diberikan penambahbaikan dari segi prestasi dan pengendalian.

Mengambil kira usia Iriz yang bakal menjengah tiga tahun pada September tahun ini, pengenalan model dipertingkat atau facelift itu boleh dianggap sebagai keputusan tepat Proton dalam usaha mengekalkan kesegaran model subkompak hatchback itu di pasaran tempatan.

Malah, pelancaran Iriz Refinement terbaru ini ialah bukti komitmen Proton terhadap maklum balas pengguna dan tinjauan pelanggan mengenai beberapa isu berhubung masalah NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran). Malah, Proton turut menambah baik aspek pengendalian.

Hasilnya Iriz versi diperhalusi ini lebih senyap dan responsif!

APA YANG BARU?

Proton Iriz Refinement menampilkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dari segi luaran dalam aspek kemasan eksterior dan interior, manakala ‘dalaman’ merujuk kepada perubahan yang tidak nampak. Senarai perubahan boleh dilihat di bawah:

Proton Iriz
LUARAN (EKSTERIOR & INTERIOR)
  • Skirt tepi 2 tona
  • Bumbung hitam (1.6 Premium)
  • Lambang krom baharu
  • Gril hitam
  • Warna baharu – cokelat
  • Fabrik baharu & rekaan kerusi kulit
  • Indikator Eco
  • Warna kemasan dalaman baharu
  • Sistem infotainment dengan SmartLink (1.6 Premium)
  • Tambahan sistem penggera PKE (1.3L Executive)
DALAMAN
  • NVH lebih senyap
  • Cagakan (mounting) 3-poin
  • Penebat bising
  • Keselesaan kabin
  • Pengendalian ditambah baik
  • Pemetaan semula (re-map) unit kawalan elektronik (ECU) dan unit kawalan transmisi (TCU).


Aspek paling kritikal sudah tentu perihal ‘dalaman’ berikutan aduan pengguna mengenai ngauman transmisi variabel berterusan (CVT) yang agak kuat, termasuk tahap NVH dalam kabin yang kurang baik.

Jadi, antara pakej NVH yang diperhalusi ke atas Iriz adalah menggunakan material berkualiti sebagai penebat dan peredam bising dari luaran dan dalam enjin. Proton turun meningkatkan tahap kesenyapan dalam kabin supaya setanding dengan pesaing sama kelas. Keselesaan kabin pula dipertingkatkan menerusi pengurangan jumlah cagakan kepada 3-poin yang mengurangkan kebisingan dan getaran daripada enjin, iaitu ~5 desibel lebih senyap daripada Iriz sedia ada.

Proton turut menambah baik kualiti pengendalian supaya pemanduan jadi lebih menyeronokkan dengan meningkatkan kuasa pecutan dan respon pedal.

Apakah anda berminat dan teruja dengan pembaharuan terbaru Iriz ini?

GALERI

PROTON IRIZ 1.3 MANUAL
PROTON IRIZ 1.6 CVT PREMIUM
proton iriz 2017
proton iriz 2017
proton iriz 2017
Proton proton iriz 2017 Proton Iriz facelift 2017 Proton Iriz Refinement Proton Iriz versi diperhalusi Proton Iriz versi dipertingkat Roda4 subkompak subkompak hatchback
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.