Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Game Simulator Perlumbaan Terbaik Sepanjang 2018
Autotainment

5 Game Simulator Perlumbaan Terbaik Sepanjang 2018

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI BAWAH ini ialah senarai 5 permainan video atau game simulator perlumbaan terbaik setakat tahun ini. Kami akan menjelaskan perbezaan setiap game tersebut supaya anda tahu mana satu paling baik dan sesuai dengan jiwa.

Sebaik saja ada stereng lumba dan ruang untuk disatukan dengan pedal dan kerusi, anda pasti akan mula membeli game simulator perlumbaan dan mengasah skil berlumba.

BACA >>> 10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

Apakah perisian digunakan bergantung kepada sama ada anda bermain online dan berlumba menentang pemain lain. Ini termasuk apakah trek yang anda mahu berlumba, apakah jenis kereta yang anda mahu berlumba dan seberapa realistik pengalaman perlumbaan anda inginkan? Sesetengah game hanya dibuat khas untuk dimain menggunakan konsol game atau komputer (PC) sahaja.

Hari ini kita akan meninjau beberapa game perlumbaan terbaik dan berkongsi cerita tentang spesifikasi permainan video tersebut.

1. ASSETTO CORSA

Assetto Corsa ialah game perlumbaan yang cukup disegani kerana menawarkan fiil respon daya realistik. Boleh didapati dalam versi Xbox, PS4 dan PC, tetapi paling kerap dimainkan pada PC – berdasarkan jumlah besar peminat – yang memuat naik konten game.

Pembangun dari Itali, Kunos Simulazioni turut menawarkan konten muat turun atau DLC, termasuk ‘Red Pack’ bertemakan Ferrari dengan menampilkan jentera Formula Satu (F1) Ferrari  dan tiga pek Porsche berbeza.

Kesimpulannya, Assetto Corsa menawarkan pengalaman memandu realistik dengan grafik hebat dan sokongan realiti visi (VR), serta pangkalan pemain aktif yang menjadikan ia sebagai game yang hampir sempurna buat mana-mana pelumba sim.

2. PROJECT CARS 2


Ini ialah versi kedua dalam siri game popular Project Cars. Game Project Cars 2 mengangkat kualiti grafik simulator perlumbaan kepada tahap lebih bagus dengan grafik terbaik, kepelbagaian konten, fiil respon daya dipertingkat dan pilihan trek lumba yang banyak.

Jika anda peminat perlumbaan besar, Project Cars 2 ialah game untuk anda. Ada pelbagai kereta mengagumkan seperti kereta GT3 dunia sebenar, IndyCars, kereta rali dan jentera menyeronokkan seperti kart. Ia juga memuatkan  hampir semua litar lumba popular dunia seperti Spa, Nurburgring, Monza, Red Bull Ring, Le Mans dan banyak lagi.

Project Cars 2 juga memiliki pangkalan pengguna aktif. Jadi, jika anda mahu berlumba menentang pemain lain secara online, inilah satu lagi opsyen terbaik untuk anda. Boleh didapati untuk PS4, Xbox, dan PC.

3. GRAN TURISMO SPORT


Walaupun bukan pengalaman memandu keliling paling realistik, Gran Turismo Sport tetap dapat membantu anda mengasah kemahiran berlumba. Paling terbaik, game ini ada pangkalan pengguna online yang sangat aktif dengan siri perlumbaan sokongan FIA sebenar.

Sama seperti Project Cars 2, Gran Turismo Sport ada pelbagai jenis kereta dan pilihan trek, tetapi mungkin kurang dari segi trek real berbanding Project Cars 2. Bagaimanapun, pencipta game ini ada memuatkan trek fantasi sendiri yang mungkin menyeronokkan, dan pada masa sama tidak diminati peminat perlumbaan trek real seperti mana Le Mans atau Nurburgring.

Apa yang menjadi kelemahan Gran Turismo Sport itu bagaimanapun tidak mempengaruhi aktiviti online. Ada banyak gamer sedia berlumba Gran Turismo Sport pada bila-bila masa. Jadi, jika anda mahu berentap dengan gamer lain atau memasuki pertandingan merebut ganjaran tunai, anda pasti akan cuba game ini.

4. F1 2017


Walaupun bukan simulator perlumbaan realistik, F1 2017 masih menawarkan pengalaman pemanduan mengasyikkan yang menarik perhatian ramai gamer siri perlumbaan paling popular dunia ini.

Bermula mod karier, game ini membenarkan anda memenuhi impian memandu Ferrari, Mercedes atau mana-mana pasukan F1 aktif lain. F1 2017 juga mempunyai beberapa kereta lumba vintaj yang siap sedia berlumba, termasuk setiap trek dalam kalendar F1. Ini sangat menyeronokkan kerana jika anda cukup bagus, anda boleh berlumba dalam siri rasmi F1 Esports.

F1 2017 bakal digantikan dengan F1 2018, tetapi masih berbaloi dimainkan jika anda peminat F1. Inilah cara terbaik menikmati siri perlumbaan sepanjang musim cuti dan rehat F1, termasuk acara lumba hujung minggu.

5. DIRT 4


Dirt 4 ialah game hebat buat peminat lumba rali yang sedang berjinak-jinak dalam perlumbaan sim. Dengan sistem maklum balas daya realistik, dan pelbagai jenis kereta dan peringkat pusiangan rali, adalah sukar mengkritik Dirt Rally dengan pandangan negatif.

Game ini mungkin tidak menarik minat gamer yang sukakan perlumbaan atas jalan, tetapi bagi peminat rali, inilah game wajib main! Dirt 4 sememangnya antara game yang menerima reputasi tinggi di kalangan gamer, dan juga satu lagi game wajib buat pelumba sim rali.

SUMBER: AutoGuide

autotainment game gamer games permainan video simulator perlumbaan video games
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.