Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia
Roda4

5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN X-Trail X-Temer baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan melakukan beberapa kemas kini rupa dan kemasan menarik supaya tempil lebih segar di pasaran. Pengenalan model versi segar semula itu disasarkan khas kepada pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan imej lebih sofistikated.

Berikut 5 perkara menarik tentang Nissan X-Trail X-Tremer:

1. KEMAS KINI LUARAN & DALAMAN

  • Kemasan warna badan baharu dua tona – Passion Red (merah) dan hitam.
  • Kemasan hitam dicat pada rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi , rim aloi lima jejari 17-inci dan bumbung dengan siluet hitam baharu.
  • Kemasan X-Face pada bahagian depan
  • Dipasang pelindung bampar belakang berwarna krom baharu
  • Kerusi kulit Nappa hitam yang mewah.

2. VARIAN & HARGA

X-Trail X-Tremer didatangkan dalam dua varian:

  • 2.0L 2WD – RM141,450
  • 2.5L 4×4-i – RM163,650

* Termasuk GST tanpa insurans

3. WARANTI TANPA HAD PERBATUAN

Setiap pembelian X-Trail X-Tremer disertakan bersama waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Aksesori yang dipasang dari kilang turut diberikan jaminan, selama 3 tahun atau perbatuan 100,000km (mana satu tiba dahulu).

4. CIRI KESELAMATAN

  • Ada ciri Nissan Intelligent Mobility, terdiri daripada Monitor Pandang Keliling Pintar (Intelligent Around View Monitor – IAVM) yang memaparkan sudut pandangan 360° sekeliling kereta bagi memudahkan kerja memarkir.
  • Kawalan Pandu Pintar (Intelligent Ride Control – IRC) berfungsi mengurangkan tahap olengan ketika melalui laluan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek.
  • Sistem Brek Enjin Pintar (Intelligent Engine Brake – IEB) akan mengubah suai jumlah brek enjin untuk mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh atau berhenti.
  • Kawalan Jejak Pintar (Intelligent Trace Control – ITC) – Ciri pertama Nissan yang berfungsi mengenakan sedikit tekanan brek pada roda untuk mengurangkan masalah belokan kurang atau understeer.
  • Sistem 4×4 Pintar (Intelligent 4×4) atau 4×4-i pula menawarkan opsyen mod tetap 2WD, Auto Mod (mod 2WD dan 4WD mode) atau Lock Mod  (pacuan semua roda atau AWD sepanjang masa) untuk keseronokan memandu ekstrem dan keselamatan terbaik walaupun atas jalan tidak sempurna.
  • X-Trail mendapat penarafan 5-bintang dalam Asean-NCAP.

5. AKSESORI

Pemilik Nissan X-Trail sedia ada (untuk varian Comfort, Aero Edition dan Premium Impul), yang mahu menaik taraf X-Trail boleh membeli aksesori X-Tremer secara berasingan. Berikut ialah harga aksesori X-Tremer (termasuk GST):

  • Kemasan X-Face Depan – RM700
  • Pelindung Bampar Belakang Krom – RM300
Edaran Tan Chong Motor ETCM harga Nissan X-Trail X-Tremer Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan X-Trail Nissan X-Trail X-Tremer Nissan X-Trail X-Tremer Malaysia Roda4 SUV X-Trail X-Trail X-Tremer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.