Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018GPItali: Hafizh Mula Petak ke-14, Rossi Berentap dari Depan – Keputusan Kelayakan
Auto Terkini

#2018GPItali: Hafizh Mula Petak ke-14, Rossi Berentap dari Depan – Keputusan Kelayakan

AryonBy Aryon03/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara, Hafizh Syahrin bakal memulakan saingan Grand Prix (GP) Itali dari grid ke-14, hari ini yang juga merupakan kedudukan sama yang diperolehnya dalam saingan di GP Perancis, dua minggu lalu.

Hafizh, yang berlumba di bawah pasukan Monster Yamaha Tech3 menamatkan pusingan kelayakan dengan catatan masa 1 minit 47.188 saat. Bersamanya di kelompok barisan kelima ialah Tito Rabat (Reale Avintia Racing) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing).

BACA >>> 10 Fakta Pantas | Menjelang GP Itali 2018 – Mampukah Marquez Kekal Momentum?

Sementara itu, juara dunia sembilan kali, kekanda Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) akan bermula di petak pertama dengan catatan masa 1 minit 46.208 saat. Ini juga kali pertama pelumba veteran itu bermula di petak pertama musim ini. Di petak kedua ialah Jorge Lorenzo (Ducati Team) yang mencatatkan masa 1 minit 46.243 saat, manakala rakan sepasukan Rossi di grid ketiga, Maverick Vinales (1 minti 46.304 saat).

Pelumba sensasi lagi nakal, adinda Marc Marquez pula sekadar bermula di tempat ke-6, di bawah Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) ke-4 dan Danilo Petrucci (Pramac Racing) ke-5. Namun, itu bukanlah kedudukan yang sukar bagi Marquez jika mengambil kira kejutan yang pernah dilakukannya dalam beberapa aksi final lalu.

BAKAL ADA KEJUTAN?

Keputusan dalam ujian kelayakan hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum Rossi sememangnya memegang rekod pemenang terbanyak GP Itali (7 kali berturut-turut), diikuti Lorenzo (5 kali) ketika era dia bersama Yamaha suatu masa lalu sebelum beralih arah kepada mesin Ducati.

Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco hanya berpuas hati di petak ke-9, manakala pencabar terdekat kepada Pescao dalam kategori rookie ialah Franco Morbidelli yang akan bermula di grid ke-12.

KELAYAKAN 2 (Q2):

  1. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 1m 46.208s [Lap 6/8] 344km/h (Kelajuan Tertinggi)
  2. Jorge Lorenzo ESP Ducati Team (GP18) 1m 46.243s +0.035s [Lap 5/7] 344k
  3. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 1m 46.304s +0.096s [Lap 7/8] 345k
  4. Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 1m 46.347s +0.139s [Lap 3/8] 344k
  5. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 1m 46.445s +0.237s [Lap 7/7] 351k
  6. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 1m 46.454s +0.246s [Lap 3/8] 346k
  7. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) 1m 46.500s +0.292s [Lap 8/8] 350k
  8. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 1m 46.813s +0.605s [Lap 8/8] 347k
  9. Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 1m 46.830s +0.622s [Lap 7/7] 343k
  10. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 1m 46.909s +0.701s [Lap 8/8] 341k
  11. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 1m 46.998s +0.790s [Lap 6/8] 345k
  12. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 1m 47.002s +0.794s [Lap 3/8] 344k

KELAYAKAN 1 (Q1):

13. Tito Rabat ESP Reale Avintia (GP17) 1m 46.908s 350k
14. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 1m 47.188s 340k
15. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 1m 47.335s 344k
16. Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 1m 47.708s 346k
17. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 1m 47.818s 346k
18. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 1m 47.868s 335k
19. Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 1m 47.989s 337k
20. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) 1m 48.065s 344k
21. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 1m 48.286s 342k
22. Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) 1m 48.532s 348k
23. Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 1m 48.744s 346k
24. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP16)* 1m 48.794s 342k

* Rookie

Masa Latihan Terpantas:

Marc Marquez SPA Honda 1m 46.439s (FP3)

Rekod Rasmi MotoGP Mugello:

Petak Mula (Pole Position):
Andrea Iannone ITA Ducati 1m 46.489s (2015)
Lap Terpantas:
Marc Marquez SPA Honda 1m 47.639s (2013)

2018 MotoGP GP Itali Grand Prix Hafizh Syahrin Marc Marquez Monster Yamaha Tech3 MotoGP Mugello Pescao55 roda2 sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.