Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»14 Fakta Pantas: Tentang Selebriti Motosikal Jesse James yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

14 Fakta Pantas: Tentang Selebriti Motosikal Jesse James yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda mengaku peminat motosikal, anda sepatutnya kenal mat saleh ini, Jesse James.

James ialah selebriti motosikal yang sangat obses dengan jentera dua roda. Tahukah anda sejarah beliau terjun dalam dunia modifikasi dan ubah suai motosikal adalah kerana tidak mampu membelinya? Minatnya bermula di bengkel kecil dan kini berkembang menjadi perniagaan yang memberikan pulangan bernilai jutaan dolar.

James menamakan kedainya itu sebagai West Coast Choppers (WCC). Beliau dikatakan sanggup membina pelbagai jenis motosikal unik dan menakjubkan yang bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga rakan, selebriti dan orang awam, atau lebih spesifik kepada sesiapa saja yang sanggup membayar.

BACA >>> #BikinMotor: Chopper Jurutera Nasa Kalahkan 100 Pereka Kustom Indian Motorcycle
BACA >>> Presiden Jokowi Beli Chopper Emas Sentuhan Anak Tempatan

Ada 15 fakta menarik tentang Jesse James yang perlu anda tahu:

1. MOTOSIKAL WCC  TIDAK PATUH SYARAT EMISI KARBON?

Memang banyak motosikal luar biasa dibina James, tetapi bukan semua baik untuk alam sekitar. Menurut akhbar New York Times (NYT), laporan Lembaga Sumber Udara California (CARB) mendedahkan beberapa motosikal WCC keluaran 1998-2005 didapati gagal mematuhi regulasi emisi negeri di Amerika Syarikat (AS).

2. JUAL PAKAIAN

Ramai selebriti menggunakan populariti diri untuk memulakan jualan koleksi pakaian. James juga mengambil langkah sama apabila bekerjasama dengan rangkaian pasar raya Walmart, termasuk menjual cenderahati di laman web sendiri. Jenama pakaiannya dipanggil Jesse James Workwear.

Ada laporan mendakwa sebelum James membuka bengkel WCC, beliau pernah menjual kemeja-T dan pelekat lambang salib logam.

3. EL DIABLO  – CIPTAAN PALING BERHARGA

Pemain bola keranjang AS, Shaquille O’Neal atau nama popular Shaq adalah kalangan selebriti yang mendapat motosikal ciptaan James. Motosikal tersebut dinamakan El Diablo dan dibina pada 2001.

Bagi menghasilkan motosikal tersebut, James perlu memastikan saiz jentera itu sesuai dengan fizikal badan Shaq yang besar dan tinggi. El Diablo pernah muncul dalam dokumentari Motorcycle Mania 2 di saluran Discovery Channel yang mana James menganggap model itu sebagai ciptaan paling berharga.

4. CIPTA REKOD DUNIA

James bukan hanya membina motosikal atau gemar menunggang, tetapi pernah memecahkan rekod kelajuan darat. Beliau ialah pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk kelajuan darat dengan kereta menggunakan bahan api hidrogen. James mencatatkan kelajuan 199.7 batu sejam (320kmj).

5. ADA MOTOSIKAL NITRO

Selain terkenal sebagai pakar chopper, James juga ada motosikal nitro yang mampu menghasilkan pecutan drag luar biasa. Motosikal ini pernah muncul dalam episod Jesse James is a Dead Man.

6. PANDU FORD F-150 RAPTOR

Selain memiliki deretan motosikal dan kereta kustom, James juga memandu trak pikap Ford F-150 Raptor. Uniknya, beliau menghantar trak pikap itu kepada bengkela tuner Hennessey Performance untuk dinaik taraf. Beliau juga memiliki Ford GT40 yang ditala Hennessey.

7. MAAF STALLONE!

Ramai ahli perniagaan mahu menjalinkan berurusan dengan bintang Hollywood berstatus legenda, Sylvester Stallone, tetapi James pula tidak berminat!

Stallone pernah meminta James membina motosikal tetapi ditolak. Menurut laporan Bike Digital, Stallone mahu motosikal kuning untuk dipadankan dengan Ferrarinya. James cakap, tidak! Ini kerana beliau tidak suka motosikal warna kuning.

BACA >>> Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)

8. NAMAKAN RESTORAN DENGAN NAMA ANJING

James memang minat membela anjing dan pernah menamakan sebuah restoran dengan nama salah seekor anjingnya. Sebagai makluman, James juga pengusaha bisnes restauran, dan ada kedai burger, Cisco Burgers.

9. SERTAI PERLUMBAAN SIRI BAJA

James bukan cuma gemarkan kenderaan atau kelajuan, tetapi juga cabaran dan halangan pemanduan. Beliau pernah menyertai perlumbaan off-road paling mencabar, Siri Baja sejak beberapa tahun. Minat kepada sukan ekstrem itu muncul selepas menutup bisnes WCC di California.

10. GOLD DIGGER UNTUK DOKUMENTARI

James membina chopper ini yang dinamakannya Gold Digger sebelum filem dokumentari History of the Chopper mula dirakamkan, dan motosikal ini ada dipaparkan.

11. PAKAR KIMPAL DAN TUKANG BESI HEBAT

Disebabkan tiada wang untuk membeli motosikal mewah ketika muda, James sanggup buat sendiri. Beliau belajar daripada beberapa pakar terbaik dalam bisnes tersebut. Kerja dan tugas rutin seharian menjadikan dia pakar dalam mengimpal, membikin dan menukang besi.

12. JUAL CHANGO BLANCO DI EBAY

Jarang sekali ada pakar kustom meletakkan hasil ciptaan mereka untuk dijual di eBay. James membuat kejutan apabila menawarkan motosikal Chango Blanco atau lebih dikenali sebagai Vanilla Gorilla di laman tersebut. Motosikal tersebut dijual pada harga AS$125,000 (RM543,900)!

13. PERNAH KAHWINI PELUMBA DRAG, BINTANG HOLLYWOOD

James terpalit dengan pelbagai gosip hubungan dan skandal dengan wanita cantik. Beliau pernah berkahwin dengan aktres Sandra Bullock sebelum berpisah. James juga pernah mengahwini Alexis DeJoria (gambar atas), iaitu bekas pelumba drag Nitro Funny Car.

14. KAWASAKI NINJA H2R

Selain menunggang pelbagai jenis chopper, James juga memiliki model hypersport supercas Ninja H2R. Ini bukan sekadar koleksi motosikal simpanan kerana beliau pernah menunggangnya sebelum ini. Selain Ninja H2R, beliau juga ada Yamaha VMAX.

BACA >>> 6 Selebriti Kaya, Tetapi Pandu Kereta Biasa-Biasa Sahaja (Bukan Sebab Muflis)

SUMBER: TheThings | HotCar | TheThings 2

fakta fakta pantas Jesse James Jesse James Workwear Selebriti Motosikal tahukah anda WCC West Coast Choppers West Coast Choppers (WCC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.