• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Presiden Jokowi Beli Chopper Emas Sentuhan Anak Tempatan

Presiden Jokowi Beli Chopper Emas Sentuhan Anak Tempatan

January 22, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ramai sudah tahu Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi gemarkan death metal hingga membuatkan beliau begitu dekat dengan golongan muda. Beliau juga menghargai sumber alam dan hal-hal kesenian yang berkaitan negara Garuda itu.

Terbaru pemimpin tertinggi Indonesia itu sekali lagi menarik perhatian umum apabila membeli sebuah Chopper emas hasil kreativiti anak tempatan di bengkel kustom Elders Garage dan Kick Ass Chopper.

Motosikal itu dibikin daripada Royal Enfield Bullet bersesaran 350cc. Dinamakan sebagai Chopperland, Jokowi menggunakan duit sendiri untuk membeli motor berkenaan dan hal tersebut ditegaskan sendiri pihak Kerajaan. Maknanya, tiada wang negara (baca: rakyat) digunakan. Maklumlah dunia hari ini memang serba serbi kontroversi dan perlukan penjelasan.

MINAT PANDANG PERTAMA

chopperland_jokowi3
chopperland_jokowi8
chopperland_jokowi6

Jokowi pertama kali melihat dan cuba duduk atas Chopper R11 pada acara Sumpah Pemuda pada 28 Oktober, tahun lalu. Beliau kemudian langsung berminat dan terus saja buat tempahan. Katanya, “Harga asal Rp150 juta, saya minta tawar dan dapatlah Rp140juta (RM41,000)." (Presiden minta diskaun kot, takkan tak bagi).

Tujuan Jokowi membeli motosikal tersebut adalah untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan inovasi dan kreativiti dalam melakukan sesuatu perkara selain sebagai dorongan supaya produk-produk tempatan memiliki nilai lebih baik.

BACA >>> Madboxer - Motosikal Custom Enjin Subaru WRX, dan Sah Tunggang Atas Jalan!

“Saya melihat potensi pasaran yang ada tidak hanya dalam negara, tapi juga dapat dieksport ke luar negara seperti Malaysia, Thailand, dan Filipina,” katanya.

Sementara itu, Vero dari Elders Garage berpendapat Jokowi tertarik dengan posisi hendal yang agak tinggi. Katanya, posisi duduk sebuah chopper memang lebih rendah, dan lebih santai, tapi hendal agak tinggi. Mungkin gaya itulah buat Jokowi tertarik.

“Kerja ubah suai cuma guna produk tempatan seperti  frem dibikin di Jakarta, manakala kemasan kulit pelana dari Bandung,” kata Vero lagi.

Pada sesi penyerahan motosikal itu, Jokowi sempat mengajak peminat dua roda seluruh Indonesia yang berkelapangan mengunjungi Kalimantan lebih kurang tiga bulan lagi. Menurut wakil Elders Garage, jemputan Jokowi itu adalah sempena pembukaan jalan tol di wilayah itu. Jokowi khabarnya akan menunggang sendiri Chopperland yang mampu memecut selaju 100kmj itu.

SUMBER: Tribunnews | Kompas

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, chopper, Chopper R11, chopperland, Elders Garage, Joko Widodo, Jokowi, Presiden Indonesia, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Bullet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my