• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Chopper Jurutera Nasa Kalahkan 100 Pereka Kustom Indian Motorcycle

#BikinMotor: Chopper Jurutera Nasa Kalahkan 100 Pereka Kustom Indian Motorcycle

August 27, 2018 By AI Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENTUHAN magik jurutera Nasa ini membuktikan bahawa tangannya mampu mengubah apa saja objek kepada karya luar biasa apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan The Wrench: Scout Bobber Build Off.

Alfredo Juarez dari Las Cruces, New Mexico berjaya melepasi tiga pusingan pertandingan Kustom Indian Scout Bobber, sekali gus mengalahkan lebih 100 pereka motosikal bukan profesional.

Chopper hardtail itu diilhamkan daripada karya seni mekanikal yang nyata tampil berbeza daripada realiti industri motosikal, termasuk jentera kustom Indian Scout FTR1200, RSD Indian Scout dan syarikat garaj David Beckham, Knuckle. Frem terdedah membolehkan anda melihat lebih dekat enjin V-Twin dimilik jentera itu.

BACA >>> Indian Scout Bobber Edisi Jack Daniel (2018) Angkat Tema Briged Bomba, Cuma 177 Unit

"Saya berterima kasih kepada Indian Motorcycle atas peluang ini, bukan sekadar pengalaman sekali seumur hidup tetapi banyak mengajar saya dalam tempoh tiga bulan membangunkan jentera ini.

BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail1
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail2
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail4

"Bukan mudah memilih kerana dua lagi jentera cukup bagus, tetapi terima kasih kepada peminat yang mengundi motosikal kustom binaan saya," kata Juarez.

Juarez membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000 (RM40,995), manakala jentera kustom buatannya itu akan disiarkan dalam majalah Hot Bike. Selain itu, jentera kustom Juarez dan dua lagi pemenang PJ Grakauskas (pegawai keselamatan OSHA dari Avon, Ohio) dan Christian Newman (jurutera mekanikal dari Buffalo, New York)  akan dibawa menjelajah Pameran Motosikal Amerika Syarikat dengan kerjasama Indian Motorcycle, sebelum dipulangkan semula kepada tuan asalnya.

GALERI
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail6
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail7
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail2
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail4
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail8
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail3
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail5
BikinMotor Indian Motorcycle Chopper Hardtail1

 

 

 

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Alfredo Juarez, bikin motor, bikinmotor, Indian Motorcycle, kustom, Pertandingan The Wrench: Scout Bobber Build Off., roda2, The Wrench: Scout Bobber Build Off

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my