Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k
Roda2

12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Japan baru saja melancarkan Honda CBR250RR (2020) yang pastinya dinantikan peminat Honda dan sportbike suku liter sedunia selepas beberapa foto intip bocor di media sosial.

Bilakah masuk Malaysia? Tunggu sajalah, kata orang kalau ada rezeki dan jodoh tak ke mana. Berikut beberapa fakta pantas yang perlu anda tahu tentang CBR250RR (2020) baharu ini:

1. Trenkuasa dipertingkat dan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper dan anjakan gear lancar Quick Shifter. Seperti laporan terdahulu, CBR250RR (2020) kini berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3PS)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm).

2. Harga kekal sama dan dijadualkan berada di pasaran Jepun September nanti.

3. Walaupun, Kawasaki Ninja ZX-25R memiliki kuasa 43hp @15,500rpm, itu tidak bermakna CBR250RR tidak mampu memintas pesaing itu jika mengambil kira berat badan ringan dan pengendalian tajam serta tiada masalah jeda kuasa pada ouput enjin.  Nisbah kuasa kepada berat adalah 4.097, iaitu hampir dengan ZX-25R STD (4.066) dan SE (4.088).

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

4. Tambahan kuasa enjin disumbangkan rekabentuk piston baharu yang meningkatkan nisbah mampatan 12:1 berbanding 11:5 pada model terdahulu.

5. Alur gelang piston disadur timah dan konrod diperkuat.

6. Bagi meminimumkan kehilangan geseran, diameter syaf imbang (balancer shaft) dikurangkan, termasuk beban spring injap dan tambahan takik (notch) pada hujung bawah silinder untuk mengurangi kehilangan pam pada mesin.

7. Dengan mengoptimumkan sistem ambilan dan mengubah struktur dalaman mufler (bentuk masih sama), bahagian trenkuasa dapat dipertingkat.

8. Honda juga menambah baik ketepatan sistem throttle-by-wire. Kehadiran ciri A&S mengurangkan tekanan operasi pada tuil klac dan mengelak tayar belakang terangkat.

9. Tawaran ciri Quick Shifter melancarkan anjakan gear. Bagaimanapun ciri ini ditawarkan berasingan pada harga 25,300 yen (RM1,008). Honda turut menawarkan tiga mod tunggangan dengan karakteristik pengendalian berbeza.

10. Geseran suspensi depan showa SFF dikurangkan dan kekuatan damper dioptimumkan untuk memudahkan pengendalian dalam bandar dan litar. 

11. Tiada perubahan struktur asas seperti frem keluli tahan karat yang mengimbangi fleksibiliti dan asimetrikal  aluminum swing arm dengan suspensi pro link. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) didatangkan standard untuk semua varian.

12. CBR250RR (2020) ditawarkan dalam empat pilihan warna:

  • Grand Prix Red (tiga warna) – 854,700 yen (RM34,060)
  • Matt Gun Powder Black Metallic (hitam), Pearl Glare White (putih), Grand Prix Red (merah) – 821,700 yen (RM32,740)

BACA >>> Honda Jepun Perkenal Sistem Anti-Kecurian untuk CBR250RR

SPESIFIKASI HONDA CBR250RR

ENJIN: 2-silinder 4-lejang 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI
KUASA DAN TORK: 39hp (41ps) @ 13,000rpm; 25Nm @ 25Nm @ 11,000rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan sirat malar (constant mesh), klac basah multiplat
NISBAH MAMPATAN: 12:1
TINGGI PELANA: 790mm
BERAT: 168kg
SUSPENSI: Telekospik terbalik USD (depan); Monoshock dengan swingarm Prolink (belakang)
BREK: Brek cakera hidraulik (depan dan belakang)
TAYAR: 110/70R17M/C 54H (depan); 140/70R17M/C 66H (belakang)
KAPASITI TANGKI: 14 liter

GALERI

SUMBER: YoungMachine

Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda CBR250RR Honda CBR250RR (2020) Facelift roda2 sportbike sportbike 250cc Sportbike Suku Liter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026

    2 Comments

    1. Jan on 24/07/2020 18:22

      x mustahil boleh lawan zx25r spec jepun. tapi zx25r spec indonesia lebih berkuasa, lebih kurang 49hp. jauh beza dgn 41hp.

      Reply
    2. Mohd Al Faizal on 25/07/2020 14:13

      That mini superbike is very suspension and full setting conditions good long distance to get pick up and cornering who wan’t try race your maybe now the honda cbr 250rr engine after use

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.