Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Trivia Menarik Tentang Limosin yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Autotainment

10 Trivia Menarik Tentang Limosin yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Han OthmanBy Han Othman18/08/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LIMOSIN secara ringkasnya adalah sebuah kereta panjang yang kebiasaannya dinaiki golongan elit seperti pemimpin negara atau kerabat diraja sebagai kenderaan rasmi mereka, atau selebriti ketika menghadiri majlis anugerah. Tidak kurang juga orang biasa seperti kita yang menyewa limosin untuk membawa si kekasih hati keluar makan malam di hotel atau restoran mewah.

Namun, tidak banyak fakta menarik yang kita tahu mengenai kereta orang ‘ada-ada’ itu. Di bawah ini kami senaraikan 10 trivia menarik mengenai limosin yang anda mungkin tidak tahu.

BACA >>> Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu

1. KERETA AHLI MUZIK

limosin-glenn-miller
Walaupun secara teknikal, limosin pertama dibina pada 1902, cuma sedikit kereta mewah yang direka untuk dipandu drebar (chauffeur). Sehinggalah pada 1923 muncul sebuah kenderaan yang direka seperti mana limosin kita kenal hari ini.

Dibina di Arkansas, limosin ‘panjang’ pertama itu menjadi popular selepas dinaiki kumpulan orkestra ternama, Glenn Miller, lebih-lebih lagi dengan kemampuan kenderaan itu memuatkan ramai penumpang dan banyak alatan muzik dengan begitu selesa. Limosin pada masa itu digelar sebagai ‘bas kumpulan muzik besar’ ataupun istilah tepatnya, ‘van mini ahli muzik’.

2. KEPANASAN DAN PENYAMAN UDARA


Disebabkan begitu ramai manusia dapat disumbatkan dalam sebuah limosin, masing-masing mengadu kepanasan. Jadi tidak hairanlah sebuah limosin menjadi kenderaan pertama yang dilengkapkan penyaman udara.

Packard Motor Car Company (Packard) yang berpangkalan di Detroit, Amerika Syarikat (AS) menjadi pengeluar automobil pertama yang menawarkan penyaman udara (A/C) pada model keluaran 1940. Pada masa itu, sistem A/C memerlukan separuh ruang but untuk memuatkan komponen tersebut. Cuma kereta era itu tiada fungsi kawalan suhu seperti limosin dan kereta biasa hari ini.

3. LIMOSIN TERBANG?

limosin-kapal-terbang
Limosin memang mahal, tetapi tidaklah semahal pesawat Boeing 727. Bezanya, kapal terbang tidak boleh diparkir begitu saja di pekan Pendang atau Gemas kecuali anda rela menyaksikan rumah-rumah di situ punah ranah dan mayat manusia bergelimpangan.

Sebuah syarikat limosin Mexico ada penyelesaiannya, iaitu dengan memotong sayap Boeing 727 dan dipasangkan pada casis sebuah bas. Malah, diitambah pula ruang bar penuh dan lantai tarian. Namun, inisiatif itu mungkin cuma nampak cantik atas kertas. Secara praktiknya, ia lebih kepada ruang peribadi dan bukan kenderaan.

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa – Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

4. JET PERIBADI UNTUK LIMOSIN

limosin-atas-jetJangan terkejut ada limosin yang disiapkan dengan pesawat peribadi. Itulah limosin Presiden AS, digelar  Cadillac One. Walaupun lengkap dengan pelbagai teknologi model  yang tidak ubah seperti Batmobile, ada cerita tahyul yang membelenggu limosin tuan Presiden.

Cerita tahyul (atau tradisi?) itu ialah, mana-mana Presiden AS tidak boleh duduk di atas apa saja benda yang bukan dibina di bumi Amerika. Jadi, mahu tidak mahu Presiden negara Uncle Sam itu perlu mengusung Cadillac One ke mana saja mereka pergi dengan pesawat Globemaster C-17. 

5. JFK DAN LIMOSIN BIRU

Negative, President John F. Kennedy in San Antonio, 1963 November 21 Collection: Joseph Elicson Photograph Collection
Beberapa hari sebelum John F Kennedy (JFK) ditembak mati, limosin Presiden AS cuma sebuah kereta biasa dan beliau mahu kereta itu berwarna biru. Faktanya, tiada Presiden AS sebelum beliau yang dilihat pernah menaiki kenderaan Presiden selain hitam.

Namun, disebabkan televisen pada era 1960-an masih hitam putih, ramai orang menyangka Kennedy menaiki kereta berwarna hitam.

Selepas beliau ditembak, barulah limosin Presiden AS dilengkapkan dengan ciri perisai atau kalis peluru. Ironinya, ciri perisai itu hampir pula meragut nyawa Presiden Ronald Reagen. Apabila Reagen ditembak pada 1981, sebutir daripada enam peluru yang ditembak melantun dan terkena beliau.

6. GUNA SEMULA, JANGAN MEMBAZIR

limosin-late-jfk
Sudah menjadi amalan standard pada abad ke-21 yang mana limosin Presiden AS akan digantikan setiap empat tahun. Kereta berusia empat tahun itu tidak terus dilupuskan, tetapi diturunkan kepada Naib Presiden dan orang kenamaan seterusnya.

Jika kita imbas semula detik selepas JFK ditembak, anda tentu menganggap kereta dinaiki Presiden AS itu akan ditukar ganti. Kita sendiri pun tidak mahu (atau tidak berani) untuk menaiki sebuah kereta yang pernah menjadi saksi pembunuhan. Seram betul.

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa – Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

Namun, tidak bagi pihak perkhidmatan rahsia AS. Kereta dinaiki JFK tidak terus diganti, tetapi dicat warna hitam dan ditambah pula bumbung berserta beberapa pelindung kalis peluru. Limosin itu kemudian dinaiki tiga Presiden AS selepas JFK, iaitu Lyndon B Johnson, Gerald Ford, dan Jimmy Carter.

7. SI PANJANG YANG PANTAS

limosin-ferrari
Tahukah anda Ferrari 360 Modena pernah diubah suai menjadi sebuah limosin yang boleh memuatkan 8 penumpang pada satu-satu masa? Kelajuan pula mampu mencecah 274kmj!

Tetapi, bagaimana pula lapan penumpang boleh keluar daripada dalam kabin limosin Ferrari tersebut? Jawapannya, semestinya dengan pintu gaya seperti sebuah pesawat sayap camar (gull wing).

8. LIMOSIN BERTATAH EMAS


Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah pernah meletakkan kemasan plat emas 24-karat pada kereta limosin Rolls Royce Silver Spur yang bernilai AS$14 juta (RM62 juta) sempena majlis perkahwinannya.

9. PALING MESRA ALAM


Sukar dibayangkan sebuah limosin yang mesra alam, tetapi kenderaan itu benar-benar ada. Itulah limosin Prius! Pastinya limosin ini paling low profile kerana apa yang penting ialah kelestarian alam sekitar.

10. PENUMPANG DERMAWAN

elvis-dan-cerita-limosin
Menurut cerita selebriti Hollywood, Larry King, legenda Rock and Roll, Elvis Presley ialah pemberi tip paling pemurah. Menurut Larry, selepas membuat persembahan di pusat konvensyen Miami, Elvis menaiki sebuah limosin ke lapangan terbang Miami.

Ketika artis lain sekadar mengucapkan terima kasih dan keluar dari kereta, tetapi Elvis nyata berbeza. Beliau keluar daripada limosin itu dan bertanya kepada si drebar;

“Apakah ini limosin kamu atau kamu bekerja dengan syarikat?” Kemudian, si drebar menjawab, “Saya bekerja dengan syarikat.”

Selepas itu, Elvis terus membalas;

“Sekarang, (limosin) ini kamu punya,” kata Elvis yang terus saja menghadiahkan limosin itu kepada si pemandu.

Entah bagaimana rupa si drebar limosin sebaik saja mendengar kata-kata Elvis itu.

BACA >>> 4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018

SUMBER: Grunge.com

10 fakta limosin autotainment fakta limosin limosin Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

08/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

07/05/2026
Zeekr 9X by MANSORY
Bikin Auto

#BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

05/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.