Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018
Roda4

4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://blogs-images.forbes.com/samabuelsamid/files/2017/01/New-Ford-Mustang-V8-GT-with-Performace-Pack-in-Orange-Fury-2-1200x744.jpg?width=960
APA lagi yang lebih sensasi pada awal tahun ini selain daripada berita pengenalan Ford Mustang 2018. Ramai yang memuji dan tidak kurang pula yang mengkritik. Apapun, harus diakui bahawa kemunculan Ford Mustang 2018 sebagai salah satu ikon automobil sentiasa dinanti-nantikan.

Antara elemen yang ditambahbaik ialah kluster instrumen digital, absorber elektronik, teknologi mengelak perlanggaran, dan semestinya ekstra kuasa! Di bawah ini kami senaraikan 4 fakta menarik tentang Ford Mustang 2018. Apa yang menarik sangat?

1. LOHONG UDARA DAN AERODINAMIK

depan-ford-mustang-2018
Perhatikan betul-betul lampu depan Ford Mustang 2018, anda pasti akan terperasan lohong ambilan udara kecil di celahan bawah lampu tersebut. Tetapi, lohong itu cuma ilusi dan tiada apa-apa fungsi signifikan. Sementara itu, celahan vertikal di penjuru bampar bukanlah dibuat untuk menyejukkan brek, sebaliknya untuk mewujudkan tirai udara sekitar roda depan bagi meningkatkan tahap aerodinamik.

2. TRANSMISI 10-KELAJUAN, TOMBOL GEAR MASIH 6?

gear-ford-mustang-2018
Salah satu daripada ciri signatur baharu Ford Mustang 2018 ialah transmisi automatik 10-kelajuan! Tetapi tombol gear 6-kelajuan ialah standard. Macam pelik, tetapi itu bukan bermakna terlebih transmisi. Malah, Ford Mustang 2018 dilengkapkan dengan klac cakera kembar baharu dan roda tenaga (flywheel) dua-jisim untuk menjadikan ia lebih kuat dan menambah baik fiil pedal klac.

Penggearan baharu dengan gear pertama lebih pendek, manakala dua ciri paculebih (overdrive) berfungsi untuk meningkatkan pecutan dan ekonomi bahan api. Kini, gear keempat adalah untuk pemanduan terus, jadi jika mengabaikan gear 5/6, anda boleh saja menganggap diri sedang memandu model konvensional.

3. CERMIN PANDANG BELAKANG TIDAK LANGSING?

cermin-pandang-belakang-ford-mustang-2018
Cermin pandang belakang dalam kereta prototaip cuma sandaran, bukan sebenar. Ford Mustang 2018 versi pengeluaran akan memuatkan rekabentuk tanpa frem dan langsing yang sama seperti dilihat pada Chevrolet Camaro. Tahap pandangan dan kejelasan Mustang 2018  dikatakan agak terbatas, tetapi kalau sudah mampu memecut sepantas 250kmj, siapa pula yang akan peduli tentang isu remeh itu?

4. PUNAT PONY UNTUK LEBIH BUAS

punat-ford-mustang-2018
Dalam sekian banyak punat pada roda stereng Ford Mustang 2018, satu daripadanya ditandakan dengan logo Mustang. Apakah ada rahsia tertentu? Ya, punat itu berfungsi sebagai jalan pintas kepada ciri prestasi yang ada pada cluster instrumen seperti aplikasi trek – Track Apps, kawalan luncur, dan fungsi kunci tayar untuk memudahkan pemandu melakukan aksi memutarkan tayar yang dikenali dengan terma burnout.


REKABENTUK FORD MUSTANG 2018 BAHARU VS LAMA


SUMBER: Fox News

Ford Ford Mustang 2018
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.