Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Ferrari Luce 2027 – EV Pertama Ferrari dengan Empat Motor Elektrik, Berkuasa 1,050ps
Kenderaan Elektrik (EV)

Ferrari Luce 2027 – EV Pertama Ferrari dengan Empat Motor Elektrik, Berkuasa 1,050ps

Abang HirataBy Abang Hirata05/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ferrari Luce 2027

FERRARI Luce 2027 diperkenalkan di Rom sebagai model elektrik (EV) penuh pertama Ferrari, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam evolusi teknologi Maranello.

Pelancaran diadakan di Vela di Calatrava, Città dello Sport, iaitu lokasi simbolik yang dipilih untuk mengaitkan masa depan Ferrari dengan sejarah awal kejayaan pengeluar itu di Rom pada 1947 menerusi Ferrari 125 S.

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Ferrari Luce dibangunkan sebagai kemuncak strategi pelbagai tenaga Ferrari, yang mana elektrifikasi digunakan sebagai cabang teknologi tanpa menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE) sepenuhnya.

Model itu juga membuka segmen baharu yang lebih praktikal dalam barisan Ferrari.

Rekabentuk Luar, Kerjasama dengan LoveFrom

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Bagi projek berkenaan, Ferrari mengambil pendekatan berbeza dengan melibatkan LoveFrom yang diketuai Sir Jony Ive dan Marc Newson. Pendekatan itu membolehkan perspektif rekabentuk luar industri automotif dibawa masuk, sebelum diselaras semula dengan Studio Rekabentuk Ferrari.

Pendekatan itu bukan sekadar perubahan gaya, tetapi proses rekabentuk terbuka yang memberi kebebasan awal kepada LoveFrom sebelum disemak semula supaya kekal selari dengan DNA Ferrari.

Luaran dalam Bahasa Aerodinamik Baharu

Bahagian luaran Ferrari Luce 2027 direka sepenuhnya berdasarkan senibina elektrik baharu yang membolehkan konfigurasi ruang lebih fleksibel tanpa kompromi terhadap prestasi aerodinamik.

Hasilnya ialah Ferrari yang bukan saja lebih praktikal, tetapi juga memperkenalkan bahasa rekabentuk baharu yang lebih kemas dan teknikal.

Secara ringkas, Luce bukan seperti kebiasaan Ferrari era moden, tetapi membawakan perspektif baharu untuk kereta dari Itali itu. Tidak kurang juga, Luce turut membawa elemen retro.

  • Model Ferrari kedua dengan 4-pintu dan pertama dengan 5-kerusi
  • Glass house direka sebagai struktur tertutup yang bersambung hingga bawah badan
  • Sayap aerodinamik depan dan belakang direka seakan terapung
  • Permukaan badan direka tanpa gangguan aliran udara
  • Lampu depan dan belakang menjadi sebahagian permukaan utama badan
  • Lampu belakang halo diilhamkan daripada 360 Modena dan 458 Italia
  • Rim terbesar Ferrari setakat ini: 23 inci di depan, dan 24 inci (belakang)
  • Dua rekaan rim: lima jejari tempa dan turbin aerodinamik
  • Kaca teknikal Corning® digunakan termasuk bahagian kabin
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Ferrari turut memperkenalkan warna pelancaran yang direka untuk menyerlahkan identiti moden model tersebut.

  • Azzurro La Plata
  • Giallo Luce
  • Rosso Dino
  • Bianco Artico
  • Rosso Fiammante

Aerodinamik Dibangunkan Secara Intensif

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Pembangunan aerodinamik Ferrari Luce 20-27 mengambil masa lebih lima tahun menggunakan simulasi dan ujian fizikal yang sangat mendalam untuk memastikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

  • 6,000 simulasi CFD
  • 250 jam ujian terowong angin skala
  • 80 jam ujian kenderaan sebenar

Ferrari Luce 2027

Rekabentuk akhir menumpukan kepada pengurangan seretan secara ekstrem sambil mengekalkan kestabilan dan keselesaan.

  • Permukaan badan licin tanpa gangguan aliran
  • Radiator berbentuk profil aerodinamik seperti titisan air
  • Wiper cermin direka khas untuk aerodinamik
  • Sayap apung depan dan belakang
  • Gril aktif pertama Ferrari
  • Suspensi boleh turunkan bahagian depan sehingga 10mm
  • Rim turbin mengurangkan seretan sekitar 5 peratus
  • Pengurusan air hujan untuk mengurangkan aero bunyi

Kabin Sebagai Ruang Pemanduan Generasi Baharu

Bahagian dalaman Ferrari Luce 2027 direka untuk mengimbangkan minimalisme moden dan fokus pemandu. Setiap elemen direka supaya fungsi mekanikal dan digital dapat berinteraksi secara natural.

  • Stereng tiga jejari daripada aluminium kitar semula
  • Kuster instrumen pemandu bergerak bersama stereng untuk kekal dalam garis pandang pemandu
  • Gabungan butang mekanikal, suis fizikal dan paparan digital OLED
  • Sistem e Manettino untuk kawalan tenaga dan karakter kuasa
  • Manettino lima mod pandu kekal
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Sistem Torque Shift Engagement pula diperkenal sebagai pendekatan baharu kawalan kuasa tanpa simulasi transmisi tradisional.

  • Pedal kanan meningkatkan kuasa dan tork
  • Pedal kiri meningkatkan tahap pembrekan regeneratif
  • Tiada simulasi gear, hanya perubahan karakter penghantaran kuasa

Sistem Paparan, Antaramuka Digital

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Ferrari Luce 2027 menggunakan pendekatan paparan berlapis untuk menghasilkan pengalaman visual lebih mendalam, dengan setiap skrin memainkan peranan berbeza dalam struktur kabin.

Paparan itu dibangunkan bersama Samsung Display untuk memastikan integrasi digital lebih kemas dan responsif.

  • Kluster instrumen 12.9 inci
  • Unit infotainmen skrin tengah 12 inci
  • Skrin belakang 10.1 inci dan 6.3 inci

Selain itu, Ferrari memperkenalkan kunci digital baharu yang juga berfungsi sebagai elemen rekabentuk.

  • Kunci Corning Gorilla Glass dengan paparan E Ink
  • E Ink hanya menggunakan tenaga ketika perubahan warna
  • Pertama dalam industri automotif

Sistem Penyejukan, Pengurusan Haba

Ferrari Luce 2027

Sistem terma Ferrari Luce 2027 direka semula sepenuhnya kerana keperluan EV prestasi tinggi memerlukan pengurusan tenaga yang jauh lebih rumit berbanding enjin ICE.

  • Tiga medium utama: bendalir penyejuk, air dan udara
  • Penyejukan air dibahagi kepada suhu rendah, sederhana dan kabin
  • Tiga gril aktif untuk keseimbangan penyejukan dan seretan
  • Sistem boleh pra-penyejukan dan pra-pemanasan dari jauh

Struktur Casis, Integrasi Bateri

Struktur Ferrari Luce 2027 dibina sepenuhnya daripada aluminium dengan integrasi bateri sebagai elemen struktur utama, menjadikan casis lebih ringan tetapi lebih kukuh.

  • Aluminium sepenuhnya tanpa penggunaan keluli
  • Gabungan hollow casting, extrusion dan kepingan aluminium
  • Subfrem belakang dipasang secara elastik buat kali pertama
  • Bateri menjadi sebahagian struktur badan

Ferrari turut menekankan peningkatan kekuatan struktur secara ketara.

  • 25 peratus lebih kukuh lenturan
  • 35 peratus lebih kukuh torsional
  • Bateri menyumbang kepada 20 peratus kekuatan lenturan, dan 40 peratus kekuatan torsional

Trenkuasa Empat Motor Elektrik

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Ferrari Luce 2027 menggunakan konfigurasi empat motor elektrik yang dibangunkan sepenuhnya di Maranello, iaitu satu unit untuk setiap roda, bagi mencapai kawalan dinamik maksimum.

  • Output kuasa 772kW (1,050ps)
  • Tork 990Nm pada motor, dan 11,500Nm pada roda
  • Arkitektur  800V

Pendekatan empat motor itu bukan saja meningkatkan kuasa, tetapi membolehkan kawalan pemvektoran torkyang lebih tepat pada setiap roda.

Gandar Depan

Gandar depan direka untuk respons pantas dengan fokus kepada kestabilan dan kawalan arah.

  • Output kuasa 210kW (285.5ps), dan tork 280Nm (motor), 3,400Nm (roda)
  • 30,000rpm
  • 65kg

Gandar Belakang

Gandar belakang menyumbang majoriti kuasa dan tork bagi memberikan karakter pemanduan lebih agresif.

  • Output kuasa 620kW (842ps), dan tork 710Nm (motor), 7,750Nm (roda)
  • 25,500rpm
  • 129kg

Bateri 122kWj, Sistem 800V

Bateri Ferrari Luce 2027 dibangunkan bersama SK On dan direka sebagai struktur integral kepada casis, bukan sekadar sumber tenaga.

  • Kapasiti 122kWj
  • Arkitektur 800V
  • 210 sel (15 modul × 14 sel)
  • Ketumpatan tenaga 305Wh/kg
  • 740Wh per liter ketumpatan volum
  • Pengecasan pantas sehingga 350kW
  • Tambah 70kWh dalam 20 minit

Sistem keselamatan dan struktur turut diperinci dengan mekanisme perlindungan tenaga tinggi.

  • Fius utama putus dalam 3 milisaat (ms) jika arus melebihi 2,000A
  • Sistem penyejukan berlapis aluminium
  • Bateri menyumbang kepada kekakuan struktur

Dinamik Pemanduan, Kawalan Pintar

Ferrari Luce 2027 menggunakan sistem kawalan dinamik paling kompleks dalam sejarah Ferrari, dengan setiap roda dikawal secara bebas dalam tiga dimensi pergerakan.

Sistem itu direka untuk menjadikan kereta lebih stabil, responsif dan boleh diramal dalam semua keadaan pemanduan.

  • Kawalan Gelincir Sisi (SSC) X
  • Pemvektoran tork FLOW
  • Diferensial Virtual (vDiff)
  • Kawalan Traksi eTrac
  • ABS Evo
  • FDE+
  • ASC 3.0
  • PCV 3.0

Sistem ini disokong oleh Unit Kawalan Kenderaan baharu yang menyatukan semua kawalan utama.

  • Mengurus rangkaian 800V, 48V dan 12V
  • Kemas kini kawalan 200 kali sesaat
  • Mod Range mengurangkan penggunaan sehingga 15%
  • Vehicle State Estimator mempelajari gaya pemanduan

Prestasi Keseluruhan

Walaupun membawa sistem elektrik kompleks dan dengan berat kerb 2,260kg, Ferrari Luce 2027 masih mengekalkan prestasi supercar sebenar dengan bantuan pusat graviti (CoG) rendah dan pengurusan tork pintar .

  • 2,260kg
  • Agihan berat 47:53
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.5 saat
  • Pecutan 0 – 200kmj sepantas 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum lebih 310kmj
  • Jarak pemanduan sehingga 530km

Sistem Bunyi Berasaskan Mekanikal Sebenar

Ferrari menolak pendekatan bunyi tiruan dan memilih untuk menggunakan bunyi sebenar daripada sistem mekanikal elektrik.

  • Bunyi diambil dari getaran gandar
  • Sensor aselerometer pada gandar belakang diproses secara masa nyata
  • Deruman kiri dan kanan menghasilkan karakter bunyi berbeza
  • Bunyi hanya diperkuat apabila diperlukan

NVH, Keselesaan Kabin

Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027

Ferrari Luce 2027 direka untuk menjadi Ferrari paling selesa pernah dihasilkan, tanpa mengorbankan karakter pemanduan.

  • Sistem cagak (mounting) gandar dua lapis
  • Damper jisim pada stereng
  • Penebat aero dioptimum
  • Pembatalan bunyi elektromagnet
  • Sesendal (bushing) berubah kekerasan mengikut beban

Spesifikasi Ringkas Ferrari Luce 2027

Ferrari Luce 2027

  • Dimensi panjang 5,026mm, lebar 1,999 mm, dan tinggi 1,544mm, manakala jarak roda 2,961mm
  • Berat (kerb) 2,260kg
  • Kapasiti but 597 liter
  • Tayar 265/35 R23 (depan), 315/30 R24 (belakang)
  • Brek 390mm CCM (depan), 372mm CCM (belakang)
  • Empat motor elektrik berkuasa: 772kW (1,050ps) dan tork 990Nm (motor), 11,500Nm (roda)
  • Bateri 122kWh
  • 0 – 100kmj 2.5 saat
  • 0 – 200kmj 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum 310kmj
  • Jarak pemanduan 530km
  • Pengecasan 350kW
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
Ferrari Luce 2027
EV Pertama Ferrari Ferrari Ferrari Luce Ferrari Luce 2027 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Supercar EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
    Roda4

    Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.