Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!

Abang HirataBy Abang Hirata03/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027

BYD memperkenalkan BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 baharu untuk pasaran Britain sebagai model kenderaan komersial ringan elektrik kompak yang dibangunkan khas untuk kegunaan flit dan perniagaan.

Model tersebut diasaskan daripada BYD Dolphin hatchback dan proses penukaran kepada kenderaan komersial ringan dilakukan di Britain bagi memenuhi keperluan pengendali komersial tempatan selain menyokong kepakaran kejuruteraan tempatan.

BYD menyatakan, Dolphin Cargo e-Van menawarkan jarak pemanduan elektrik bandar terbaik dalam kelas dengan kemampuan sehingga 558km mengikut kitaran WLTP City.

Bagi kitaran gabungan WLTP pula, model itu mampu bergerak sehingga 426km.

Ruang Kargo Lebih 1,090 Liter

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027

Penukaran daripada model penumpang kepada van komersial melibatkan pengalihan kekal tempat duduk belakang dan pemasangan pengadang logam penuh di belakang tempat duduk depan.

Hasilnya, ruang kargo kini mencecah 1,093 liter, termasuk ruang simpanan bawah lantai berkapasiti 47 liter.

Ruang muatan tersebut menawarkan panjang maksimum 1,250mm dengan lebar minimum antara gerbang roda 1,018mm dan lebar maksimum 1,160mm. Tinggi ruang muatan pula 710mm.

Semua ruang tersebut disediakan dalam badan kompak dengan panjang keseluruhan 4,290mm.

Bahagian lantai ruang kargo menggunakan kemasan papan fenolik rata bersama subfrem modular dan ruang simpanan tambahan bawah lantai.

BYD turut melengkapkan model itu dengan panel pintu tahan lasak dan filem perlindungan bampar untuk meningkatkan ketahanan dalam penggunaan harian perniagaan.

Bagi keselamatan tambahan, pelanggan juga boleh memilih beberapa pilihan panel tingkap belakang, seperti panel polikarbonat.

Logo BYD

Motor Elektrik 150kW (204ps), Bateri Blade 60.4kWj

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 dibina berasaskan platform BYD Dolphin penumpang dan dipadankan motor elektrik 150kW (204ps) bersama bateri 60.4kWj.

BYD turut menawarkan pilihan pengehad kelajuan 113kmj bagi membantu pengurusan tenaga dan pengoptimuman flit.

Model itu menggunakan teknologi bateri bilah (Blade Battery) milik BYD jenis litium-besi-fopsfat (LFP).

Bateri tersebut tidak menggunakan kobalt dan direka untuk memberikan ketahanan lebih baik, keselamatan dipertingkat serta rintangan lebih tinggi terhadap suhu ekstrem berbanding teknologi bateri konvensional.

Lengkap Seperti Model Penumpang

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027

Spesifikasi BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 diasaskan daripada varian BYD Dolphin Comfort, sekali gus membawa tahap kelengkapan lebih tinggi berbanding kebanyakan van komersial biasa.

Antara ciri standard ditawarkan ialah teknologi kenderaan-kepada-beban (V2L) yang membolehkan van membekalkan kuasa kepada perkakasan luaran.

Fungsi tersebut sesuai digunakan untuk kerja servis bergerak, penyelenggaraan tapak, lampu mudah alih dan pengecasan peralatan kerja tanpa memerlukan sumber kuasa tambahan.

Logo BYD

Turut ditawarkan sebagai standard ialah:

  • Pam haba
  • Stereng dengan pemanas
  • Kerusi depan dengan pemanas
  • Kamera parkir 360º
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto

BYD turut menyediakan pelbagai pilihan ubah suai khas untuk pengendali komersial seperti penggera undur, lampu amaran amber, grafik badan kenderaan dan konfigurasi ruang simpanan mengikut keperluan pelanggan.

Harga

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 kini dibuka untuk tempahan di Britain menerusi pengedar BYD terpilih.

Harga pula bermula £29,358 (RM157,710), tidak termasuk cukan jualan (VAT). Harga termasuk VAT pula ialah £36,305 (RM195,030).

Ringkasan BYD Dolphin Cargo e-Van

  • Jarak pemanduan bandar (WLTP) sehingga 558km
  • Jarak pemanduan gabungan (WLTP) sehingga 426 km
  • Motor elektrik 150kW (204ps)
  • Bateri Blade Battery 60.4kWj
  • Ruang kargo 1,093 liter
  • Panjang ruang muatan 1,250mm
  • Lebar ruang muatan maksimum 1,160mm
  • Tinggi ruang muatan 710mm
  • Panjang keseluruhan 4,290mm
  • Teknologi V2L standard
  • Kamera 360º standard
  • Apple CarPlay dan Android Auto standard
BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
BYD BYD Dolphin BYD Dolphin Cargo e-Van Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Roda4

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.