Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Perkara Tentang Proton Ertiga Yang Perlu Anda Tahu, Termasuk Foto Teaser
Auto Terkini

10 Perkara Tentang Proton Ertiga Yang Perlu Anda Tahu, Termasuk Foto Teaser

Abang GYLBy Abang GYL19/11/20164 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton-ertiga-bg
SEPANJANG 33 tahun penubuhan Proton, 2016 ialah tahun paling agresif buat Proton apabila melancarkan empat model dalam tempoh setahun. Selepas Proton Perdana, Persona dan Saga, kini giliran Proton Ertiga pula membuat kemunculan.

Proton dan Suzuki Corp Japan tahun lalu sudah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) bagi membentuk kerjasama dan perkongsian strategik dalam tempoh jangka panjang. Menerusi perjanjian itu, Suzuki akan berkongsi produk, teknologi dan kepakaran untuk bersama Proton menghasilkan kenderaan, terutama segmen kompak.

Ini bermakna, Proton bakal diberi akses untuk berkongsi model, platform, trenkuasa dan teknologi automotif dengan Suzuki. Kini, apa yang anda sedang saksikan ialah debut Ertiga, iaitu calon pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) kerjasama Proton-Suzuki.

KENAPA ERTIGA, BUKAN MODEL LAIN?

proton ertiga
proton ertiga

Memandangkan Suzuki Ertiga tidak pernah menjengah pasaran Malaysia, kami berpendapat pengenalan MPV itu sebagai strategi pemasaran terbaik. Apatah lagi jika mengambil kira reputasi Ertiga sebagai antara model MPV terlaris di pasaran Indonesia.

Apa pula keistimewaan Proton Ertiga? Apa kelainan antara Suzuki Ertiga dan Proton Ertiga? Bagaimana pula harganya? Mampukah menandingi pesaing utamanya, Perodua Alza?

Bagi menjawab persoalan tersebut, PanduLaju sediakan 10 perkara yang perlu anda tahu mengenai Proton Ertiga. Kami dan rakan media juga diundang untuk memandu uji Proton Ertiga dalam litar ujian khas di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam, Selasa lalu.

Berikut adalah perkara perlu anda tahu pasal Proton Ertiga;

1. MPV KOMPAK EEV PERTAMA

Tahukah anda, Proton Ertiga ialah model MPV kompak pertama yang mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

2. DUA VARIAN

Proton Ertiga ditawarkan dalam dua varian:

  • Proton Ertiga Executive
  • Proton Ertiga Executive PLUS

Kami juga difahamkan Proton bakal memperkenalkan versi premium pada tahun hadapan jika jualan memberangsangkan. Versi premium dimaksudkan bakal tampil dengan kit badan sporty dan kemasan kulit.

3. DESAIN MENARIK & BERKUALITI

Jika pertama kali melihat Proton Ertiga, kami yakin MPV ini bakal memukau pandangan anda. Dibandingkan dengan Suzuki Ertiga di pasaran Indonesia, penampilan Proton Ertiga boleh dikatakan hampir 95 peratus sama. Kelaianan paling ketara ialah pada bahagian belakang. Selain itu, tidak banyak perubahan dilakukan oleh Proton. Cuma logo Suzuki sahaja ditukarkan kepada Proton.

Kami sempat bertanya Proton, kenapa tidak banyak perubahan? Jawapan mereka ringkas, kereta sudah cantik dan menarik, buat apa mahu tukar lagi? Mungkin betul juga jawapan Proton. Kereta sudah sempurna, buat apa mahu menggedik lagi?

4. RUANG DALAMAN LUAS

Memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas. Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

5. JIMAT MINYAK

Selari dengan status EEV, fakta di bawah ialah kadar penggunaan bahan api yang dicatatkan Proton Ertiga;

  • Proton Ertiga Manual – 5.7L per 100km
  • Proton Ertiga Auto – 6L per 100km

6. PENYAMAN UDARA BELAKANG

Ini yang paling menarik, ruang belakang Proton Ertiga, iaitu di kerusi baris kedua dan ketiga disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan. Semestinya berita gembira buat penumpang belakang.

7. ENJIN & PENGENDALIAN KEKAL

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

8. JAMINAN 5 TAHUN

Sama seperti model Proton lain, Ertiga didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000km had perbatuan. Kalau ada masalah, terus datang claim ok?

9. EMPAT PILIHAN WARNA

  • Putih – Cotton White
  • Kelabu – Metal Grey
  • Coklat – Carnelian Brown
  • Merah – Ruby Red

10. HARGA KOMPETITIF

Berdiri atas segmen MPV, antara pesaing utama Proton Ertiga ialah Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Buat masa ini, kami tidak memiliki sebarang maklumat berhubung harga.

Jika mengambil kira pesaingnya, Alza, kami menjangkakan Proton Ertiga dijual pada harga sekitar RM60,000. Jika lebih, kami rasakan Proton berdepan tugas sukar mahu menjualnya. Persoalannya, mampukah Ertiga jadi pilihan terbaik dan bersaing dengan pesaing lain?

KESIMPULAN

Panjang lagi mahu menulis tentang Proton Ertiga, tetapi cukup dahulu setakat ini. Kita tunggu saja detik pelancaran Proton Ertiga pada 24 November depan. Jika berkenan, pandu uji dahulu sebelum buat keputusan pecah tabung! 🙂

GALERI

proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga

GALERI SUZUKI ERTIGA INDONESIA

proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
proton ertiga
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Proton Proton Ertiga PROTON Holding Berhad Suzuki Suzuki Ertiga
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026

    4 Comments

    1. biskut marie on 21/11/2016 15:14

      Menarik kereta mpv ni

      Reply
    2. heh on 27/11/2016 17:12

      bagus lah proton suzuki.. 2 2 produk harga mahal.. tp 2ndhand value xde harge..

      Reply
    3. Intan lenn on 11/04/2018 20:15

      Kenapa kepala seat mudah terangkat bila jln terhentak sakit.mcm x kunci

      Reply
    4. Suka proton on 12/05/2018 22:03

      Rasanya ni lain dr proton..cuba tgk arena mhl tu

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.