Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Silap Penyenggaraan Kereta yang Kerap Pemandu Buat
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Silap Penyenggaraan Kereta yang Kerap Pemandu Buat

Han OthmanBy Han Othman09/10/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI kalangan kita kerap melakukan kesilapan penyenggaraan kereta. Paling kerap dilakukan ialah mengambil mudah perkara yang perlu diberikan keutamaan segera. Sesetengahnya tidaklah menelan kos yang besar, cuma sikap kita yang suka menangguh.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

Akibatnya, benda yang asalnya murah saja, tetapi boleh menelan belanja ribuan ringgit jika kerosakan berlaku. Jangan sambil lewa ok!

1. ABAIKAN AMARAN PERIKSA ENJIN

check-engine-pandulajudotcomdotmy
Banyak kes mendedahkan sikap pemandu yang hanya mengabaikan tanda amaran Periksa Enjin (Check Engine) yang menyala. Alasannya, kereta masih mampu beroperasi secara normal. Tapi ingat, situasi tersebut boleh menyebabkan kereta anda berhenti beroperasi tiba-tiba.

Paling teruk, kos baik pulih menelan belanja besar dan kereta terpaksa bermalam di bengkel berhari-hari lama. Semakin lama anda tidak peduli tentang amaran itu, semakin tinggi pula kos yang bakal dilaburkan.

2. TIDAK PERIKSA TEKANAN TAYAR

tolok-tekanan-angin-pandulajudotcomdotmy
Ini kesalahan yang biasa dilakukan. Pemandu terlalu bergantung kepada pandangan mata sedangkan hakikatnya tayar kereta mereka kurang tekanan angin. Akibatnya, kereta bergerak dengan penggunaan bahan bakar yang lebih.

Tekanan angin tayar juga boleh berubah disebabkan cuaca luar sama ada sejuk atau panas. Jadi, anda mesti kerap memeriksa tekanan tayar dengan menggunakan tolok tekanan angin yang boleh dibeli di kedai aksesori kereta.

3. TANGGUH TUKAR MINYAK ENJIN

minyak-enjin-pandulajudotcomdotmy
Teknologi bendalir kenderaan berkembang cukup maju seiring kepesatan teknologi automotif. Rata-rata kereta moden hari ini tidak perlu lagi menukar minyak enjin mereka pada setiap 5,000km perbatuan. Ia berita baik buat pemandu dari segi penjimatan kos dan masa penyenggaraan.

Namun, itu bukan bermakna anda boleh sesuka hati menangguh menukar minyak enjin apabila tiba masanya. Minyak enjin juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam enjin walaupun kereta anda kurang bergerak. Tukarlah mengikut masa atau perbatuan yang disyorkan.

4. ABAIKAN PERIKSA SISTEM BENDALIR DAN PELINCIR

minyak-brek-pandulajudotcomdotmy
Ramai salah faham bahawa hanya minyak enjin yang perlu diperiksa dan ditukar. Memang betul minyak enjin paling kritikal penjagaannya, tetapi banyak lagi bendalir lain yang mesti diperiksa, ditukar dan ditambah jika perlu. Minyak brek, minyak gear, penyejuk enjin (coolant) dan minyak stereng kuasa sepatutnya diperiksa dan diservis dari masa ke semasa seperti dimaklumkan pengeluar.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

5. DEGIL MEMANDU KETIKA ENJIN PANAS LAMPAU (OVERHEATING)

overheat-pandulajudotcomdotmy
Tanyalah mana-mana pakar automotif, mereka pasti menyuruh anda menghentikan kenderaan secepat mungkin. Sifat enjin secara semulajadi beroperasi dalam keadaan panas dan memerlukan sistem penyejukan untuk mengelak panas melampau (overheating). Apabila sistem itu gagal (boleh berlaku kepada sesiapa saja), anda perlu berhenti segera. Tiada penyelesaian terbaik melainkan memanggil perkhidmatan trak tunda.

6. TIDAK GUNA PENAPIS DISYORKAN

car-filter-pandulajudotcomdotmy

Penapis udara perlu bersih untuk memastikan enjin bekerja pada tahap optimum. Penapis yang bersih menghalang bendasing daripada memasuki sistem bahan api, enjin dan penyaman udara. Kegagalan menukar penapis menyebabkan komponen kereta cepat rosak selain menjejaskan penggunaan bahan api.

7. ABAIKAN PERIKSA BREK

car-brakes-pandulajudotcomdotmy
Anda boleh mengabaikan brek semudah menganggap bunyi berkeriut dari kawasan tayar sebagai bunyi dari kenderaan sebelah. Faktanya, brek adalah antara komponen kereta paling penting. Ini kerana brek kereta yang sudah haus atau tidak berfungsi memberi isyarat hidup anda dan penumpang sudah tidak selamat atas jalan raya.

Jadi jangan abaikan apa saja bunyi yang anda dengar datang dari kawasan tayar kereta. Cepat-cepat ke bengkel untuk diperiksa.

8. TIDAK MEMUTARKAN TAYAR, ABAIKAN PENJAJARAN RODA

tire-rotation-pandulajudotcomdotmy
Anda masih boleh memandu dengan mengabaikan perkara di atas. Namun kegagalan melakukankannya boleh memendekkan jangka hayat tayar yang akan cepat haus atau rosak berbanding biasa. Situasi boleh jadi lebih buruk kerana boleh menjejaskan sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi.

9. BUAT BAIK PULIH SENDIRI TANPA ADA ASAS KEMAHIRAN

repair-diy-pandulajudotcomdotmy

Ada sesetengah perkara anda boleh baiki sendiri. Ada pula situasi anda perlu ke bengkel bertauliah kerana banyak komponen kereta hari ini melibatkan tetapan komputer yang memerlukan alatan, pengetahuan dan kelengkapan diagnostik khas. Jangan jadi seperti ‘tikus membaiki labu’.

10. TIDAK TUKAR BILAH PENGELAP

wiper-pandulajudotcomdotmy
Tahap optimum bilah pengelap cermin akan merosot disebabkan faktor masa dan perlu segera diganti apabila tidak mampu lagi mengelap dengan baik. Misalnya, pandangan hadapan kereta masih tidak jelas ketika memandu dalam cuaca buruk seperti hujan.

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 1]

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 2]

autotainment bilah pengelap kesilapan penjagaan kereta minyak brek minyak enjin tanda amaran periksa enjin tip kereta tip senggara kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026

3 Comments

  1. MASLI on 10/08/2018 03:54

    Perlukah menunggu rpm turun sehingga bacaan 1000rpm baru boleh memulakan pemanduan…sebab pagi2 enjin sejuk rpm lebih dari 1000rpm.

    ..

    Reply
    • AO on 09/10/2018 21:52

      Tiada masalah. Masa idling sesuai ialah lebih kurang 30 saat ke 1 minit.

      Reply
  2. pineh on 29/07/2020 09:24

    Hi. sy mohon kongsi info daripada anda. thanks..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.