• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

#ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

October 2, 2018 By AO Leave a Comment

596
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERVIS penyenggaraan berkala dibuat untuk mengenal pasti potensi masalah dan memastikan kereta dapat bergerak lancar. Sesetengah penyenggaraan boleh jadi minor atau major yang memerlukan alat ganti dan komponen berbeza dicuci atau diganti.

BACA >>> #ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

Bagi mengetahui jenis penyenggaraan yang diperlukan kereta anda, adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara servis minor dan major. Di bawah ini ialah senarai jenis penyenggaraan yang biasa dibuat antara dua jenis servis utama tersebut:

MINOR
  • Pemeriksaan dan isi bendalir
  • Pemeriksan dan cuci penapis
  • Pemeriksan tali sawat kipas
  • Pemeriksaan sistem elektrik
  • Pemeriksaan hos dan tiub
  • Pemeriksaan tekanan, penjajaran dan imbangan (alignment & balancing) tayar
MAJOR
  • Pemeriksaan sistem suspensi
  • Pemeriksaan sistem transmisi
  • Baik pulih dan talaan enjin
  • Pemeriksaan sistem ekzos dan emisi
  • Pemeriksaan sistem stereng
  • Pemeriksaan sistem brek

BILA PERLU SERVIS?

Pastikan bawa ke bengkel bertauliah. Jangan main redah saja!

Servis minor biasanya dibuat setiap selang perbatuan 5,000km, manakala servis major setiap 20,000km. Namun, rata-rata kereta moden hari ini sudah menawarkan selang servis minor setiap 10,000km.

Semasa servis major, beberapa alat ganti, seperti minyak (ada banyak bahagian), pad brek, palam pencucuh, penapis minyak dan tali sawat (belting) mungkin perlu ditukar. Segalanya bergantung kepada apa direkomenkan jadual penyenggaraan pengeluar kenderaan anda, dan berapa kilometer kereta anda sudah bergerak.

BACA >>> Ciri-Ciri Pusat Servis Kereta Idaman Ramai

Penting untuk diketahui, servis minor atau major ialah sebahagian daripada jadual penyenggaraan kenderaan berkala. Jadi, pemandu disarankan supaya mengikut apa dijadualkan, dan bukan sekadar mementingkan rupa luaran semata-mata, tetapi mesti memastikan waranti kekal aktif (sekiranya masih dalam jaminan). Malah juga penting walaupun kereta anda sudah tamat tempoh waranti.

Mungkin ada pemandu tidak sedar (kerana tidak baca terma), waranti kenderaan boleh terbatal sekiranya jadual penyenggaraan tidak dipatuhi. Malah, ada sesetengah pengeluar sangat tegas dengan pematuhan jadual servis kenderaan.

Kebanyakan kenderaan masa kini memiliki ciri diagnostik elektronik yang berfungsi memantau sistem dalaman kereta. Sekiranya bermasalah, tanda amaran akan menyala pada panel meter di papan pemuka. Jika anda nampak lampu periksa enjin (check engine) atau tanda amaran lain, jangan pula tunggu jadual servis berikutnya.

Apa yang perlu dibuat, pergi segera ke bengkel. Ini termasuk sekiranya anda mengesan sebarang isyarat tidak normal sama ada secara pandangan, bauan, gegaran, dan bunyi pelik walaupun indikator amaran tidak menyala.

Artikel Berkaitan

596
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apa nak buat, autotainment, Penyelenggaraan Kereta, penyenggaraan kereta, Roda4, Senarai Servis Major, Senarai Servis Minor, servis kereta, Servis Major, Servis Minor, Servis Minor atau Major

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my