• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah Ciri-Ciri Pusat Servis Kereta Kesukaan Rakyat Malaysia

Inilah Ciri-Ciri Pusat Servis Kereta Kesukaan Rakyat Malaysia

February 17, 2016 By AO Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENUNGGU memang menyeksakan. Begitulah dirasai setiap pelanggan ketika menghantar kereta mereka di servis di pusat servis (SC). Ini diburukkan lagi dengan suasana pusat servis yang membosankan dan tidak selesa hingga terasa sejam bagaikan setahun lamanya. Stres betul!

Sebenarnya, apa yang pelanggan perlukan di pusat servis untuk mengubat hati yang sedang kebosanan? Mungkin di bawah ini jawapannya:

1. WIFI PERCUMA

Ini kemudahan yang wajib ada di setiap pusat servis. Sepatutnya mana-mana pusat servis yang tiada kemudahan WiFi perlu diboikot pelanggan. WiFi pula mestilah berkelajuan tinggi dan janganlah asal cukup syarat saja. Bukan semua pelanggan menggunakan telefon ada bil dan bukan semua pelanggan ada bil cukup kuota Internet mereka. 😛 Ya, kemudahan WiFi percuma dapat membuatkan mereka tersenyum.

Internet percuma menerusi WiFi mampu menghilangkan kebosanan dan melengah-lengahkan perasaan lama menunggu. Sedar tak sedar nama kena panggil sebab kereta sudah siap servis.

2. MANA SOKET LETRIK NAK CAS?

Ramai pelanggan datang ke pusat servis dengan beban kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, komputer riba aka laptop mereka perlukan bekalan kuasa. Ini termasuk mereka yang datang ke pusat servis dengan bateri telefon bimbit sudah kekuningan (tinggal 30 peratus sahaja). Power bank terlupa. Aduh, kena pula panggilan bos masuk bertalu-talu.

Cari punya cari, soket letrik memang ada, tetapi tidak cukup. Pusat servis bukan main besar, soket letrik tidak sampai 10 pun. Itupun habis 'diborong' untuk mesin air, televisyen dan vakum makcik cleaner, termasuk kerusi urut eletrik. Apa salahnya sediakan wayar sambungan, atau buat soket letrik baharu. Melaburlah sikit?

3. LOKAR BERKUNCI

Lockers

Bayangkan sedang asyik menaip di laptop, tiba-tiba perut memulas. Nah, tak pasal-pasal kena usung masuk tandas. Takkan nak biarkan macam tu saja atas meja atau kerusi. Benda dalam laptop jangan dibuat main. Silap-silap ada dokumen juta-jutaan ringgit. Gambar anak isteri ada beribu-ribu fail. Kalau hilang mahu air mata bercucuran.

Mahu solat di surau pun tidak khusyuk walaupun letak laptop di sebelah. Sambil solat sempat pula jeling-jeling ye tak? Jadi, lokar berkunci patut ada sebagai fasiliti wajib! Boleh letak di ruang surau atau laluan ke bilik air atau tandas.

4. RUANG MAINAN KANAK-KANAK

mini playground

Sesetengah pelanggan ialah suri rumah yang datang dengan anak. Ada juga bapa mithali yang bawa anak mereka ke pusat servis. Faham-faham sajalah, budak-budak kalau bosan mulalah mengamuk ajak balik. Tapi macam mana nak balik kalau kereta belum siap servis?

Penyelesaiannya, sediakan ruang mainan kanak-kanak. Biarkan anak-anak pelanggan menggelongsor keriangan hingga terlentok kepenatan di atas sofa.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

5. PERPUSTAKAAN MINI

Tidak perlu pun berbelanja besar. Cukup saja sediakan sebuah rak buku 6-8 para. Bahan bacaan pula mesti pelbagai untuk pelanggan lelaki dan perempuan pelbagai peringkat umur. Antara genre buku wajib ada: kereta, masakan, hiasan rumah, gaya hidup wanita, famili, komik.

Sama seperti WiFi, buku-buku juga berfungsi melengah-lengahkan perasaan menunggu lama. Bila pelanggan tidak lama menunggu, kuranglah sikit mereka rasa nak marah.

6. MAKANAN PERCUMA

nasi-lemak-bungkus

Orang Malaysia memang suka makan. Tambahan pula percuma, berilah apa saja pasti cepat sahaja diserbu mereka. Bukanlah minta dijamu nasi beriani atau set stik. Tetapi cukuplah roti krim, roti kaya, biskut kering dan kopi panas. Menariknya, ada pelanggan beritahu ada beberapa pusat servis di Malaysia menyediakan makanan menarik seperti nasi lemak dan teh tarik.

Benarlah kata pengasas mi segera dari Jepun, Momofuku Ando; "Dunia aman jika manusia cukup makan".

7. TINGKAP TEMBUS KE RUANG SERVIS

Jika di bengkel luar, pelanggan dibenarkan datang dekat kepada kereta, tetapi tidak di pusat servis. Jadi bagi menghormati naluri ingin tahu itu, ada baiknya pusat servis mewujudkan tingkap tembus ke ruang servis bagi membolehkan pelanggan melihat bagaimana kereta mereka diservis.

Tingkap tembus juga mampu mewujudkan perspektif luas di pusat servis, sekali gus mengurangkan stres pelanggan. Tak adalah rasa terperangkap semacam duduk dalam penjara.

8. MAKWE CUN

support-service

Kalau syarikat penerbangan ada khidmat pramugari, apa salahnya pusat servis tiru benda sama. Sediakan penasihat servis (SA) yang cun melecun atau kacak bergaya. Silap haribulan, kereta belum sampai tempoh servis pun pelanggan sudah datang terpacak mahu tukar itu ini. Hehehe...

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 1]

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 2]

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: nasi lemak di pusat servis, pusat servis, pusat servis idaman ramai, pusat servis kereta, pusat servis terbaik, Services Centre

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my