Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British
Roda4

10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROLLS-ROYCE mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu, Cullinan (2019), pada Mei tahun lalu yang dibangunkan berasaskan arkitektur semua aluminium selain mengekalkan rekabentuk tradisi Rolls-Royce yang bersegi, dan elegan berserta pintu buka engsel (rear-hinged).

Apa lagi yang menarik tentang Rolls-Royce Cullinan (2019)?

1. Dijana enjin 6.75L Twin-Turbo V12 berkuasa 563bhp dan tork 850Nm dengan pacuan semua roda (AWD) sebagai standard.

2. Rolls-Royce menjanjikan pengalaman pemanduan signatur, dipanggil ‘Pemanduan Karpet Ajaib’ (Magic Carpet Ride) yang ultra lembut walaupun dalam situasi off-road. SUV mewah ini turut dibekalkan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) dan tetapan suspensi udara menerusi akses bantuan GPS.

3. Mampu meredah kedalaman air hingga 21 inci (533mm), tetapi tidak mendedahkan maklumat perincian spesifikasi off-road lain. Maklumat pecutan 0-100kmj juga tidak didedahkan. Berat kereta ialah 2,631kg, manakala rim bersaiz 22-inci.

4. Antara teknologi terkini dibekalkan ialah: kamera pandang malam dengan amaran pejalan kaki dan haiwan liar, bantuan amaran, kamera 360º dan atas-bawah, Kawalan Jelajah Aktif (ACC), amaran rempuhan, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Lencong (LDW), paparan dongak (HUD), sambungan hotspot WiFi, lima palam USB, pengecas telefon wayarles dan lain-lain. Juga kali pertama Rolls Royce menawarkan instrumen dalaman secara digital dan skrin sentuh.

5. Rolls-Royce Cullinan menggelarkan bahagian belakang sebagai ‘The Clasp’ yang dibuka dalam dua seksyen menggunakan kunci utama. Kerusi belakang boleh dilipat secara elektronik dengan nisbah 1:3 atau 2:3 untuk mendapatkan lantai rata (kali pertama diperkenalkan Rolls-Royce).

6. Kapasiti standard ruang kargo Cullinan ialah 560 liter, dan 600 liter jika rak barangan ditanggalkan. Jika kerusi dlilipat, ruang simpanan dapat diluaskan kepada 1,930 liter.  Ruangan but juga dipisahkan daripada kompartment penumpang menerusi pemisah kaca supaya pemilik dapat merasai suasana nyaman dalam kabin walaupun ketika pintu dibuka.

7. Konfigurasi tempat duduk belakang Cullinan boleh dipilih untuk tetapan dua atau tiga penumpang. Dengan konfigurasi dua kerusi belakang, penumpang dapat mengakses konsol tengah dengan kabinet minuman. Bagi Rolls-Royce, Cullinan bukan SUV, tetapi lebih memilih istilah ‘kereta tinggi pelbagai rupa bumi’ (all-terrain high bodied car).

8. Rolls-Royce menggunakan nama Cullinan bersempena berlian terbesar pernah ditemui yang kini jadi sebahagian daripada mahkota  berlian British.

9. Kualiti dan perincian kekal menjadi identiti Cullinan, daripada meja piknik di but belakang hingga penyejuk minuman dan tombol gear ala permata, termasuk ciri kustom yang boleh dihasilkan mengikut permintaan pembeli.

10. Rolls-Royce tidak mendedahkan harga SUV mewah ini, tetapi dianggarkan bernilai AS$325,000 (RM1,340,462), sekali gus menjadi SUV pengeluaran paling mahal dalam sejarah (ya, lebih mahal daripada Bentley Bentayga). Model edisi khas juga bakal dilancarkan. Cullinan di pasaran bermula penghujung tahun lalu.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

British Cullinan fakta pantas Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Rolls-Royce Rolls-Royce Cullinan (2019) SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.