Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia
Auto Terkini

YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

SyafieBy Syafie20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WALAUPUN baru dilancarkan di pasaran tempatan, jenama YOHE sebenarnya bukanlah pemain baharu dalam industri global.

Ditubuhkan sejak 1993, YOHE merupakan antara pengeluar topi keledar terbesar dunia dengan kapasiti pengeluaran mencecah lebih 4 juta unit setahun serta membekalkan produk kepada lebih 120 jenama OEM di lebih 55 negara.

Kemasukan YOHE ke Malaysia melalui pengedar rasmi membawa bersama kekuatan utama jenama itu – iaitu keupayaan pengeluaran berskala besar dengan kawalan kualiti menyeluruh.

Fasiliti Lengkap, Ikut Piawaian Keselamatan Global

Tidak seperti banyak jenama lain, YOHE memiliki fasiliti lengkap termasuk kilang acuan, EPS, visor dan makmal ujian sendiri yang membolehkan setiap helmet dihasilkan mengikut piawaian keselamatan global yang ketat seperti ECE R22.06, DOT, JIS, NBR dan CCC.

Proses pembuatan helmet YOHE juga menampilkan penggunaan teknologi moden, daripada acuan suntikan berketepatan tinggi, proses menggilap menggunakan robot automasi, hinggalah ke pemasangan oleh tenaga kerja mahir.

Setiap unit turut melalui ujian ketahanan termasuk ujian penembusan bagi memastikan tahap perlindungan optimum kepada penunggang.

Diperakui Sijil ISO 9001:2015

Selain itu, operasi kilang YOHE turut diperakui dengan pensijilan ISO 9001:2015, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai pengeluar yang menitikberatkan kualiti dan konsistensi.

Keupayaan mengawal keseluruhan rantaian pengeluaran ini juga membolehkan YOHE menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang lebih kompetitif.

Pengalaman Tiga Dekad Beri Kepercayaan Pengguna

Dengan asas industri yang kukuh dan pengalaman lebih tiga dekad di peringkat global, kehadiran YOHE di Malaysia dilihat mampu memberikan pilihan baharu kepada penunggang tempatan yang mahukan helmet berkualiti tinggi dengan harga mampu milik.

Auto Terkini helmet Pengeluar Topi Keledar YOHE
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    20/04/2026
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

    20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T502X Rasmi Di Malaysia – Adventure 500cc Lengkap Dari RM28,888

    20/04/2026
    Auto Terkini

    Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Baharu di Miri

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.