
SEGMEN adventure touring pertengahan kini semakin menarik dengan kehadiran Morbidelli T502X, yang rasmi memasuki pasaran Malaysia.
Dibawa masuk oleh Mforce Bike Holdings, model ini ditawarkan pada harga RM28,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Pilihan warna terdiri daripada Bulk Black dan Thunder Blue, sesuai untuk penunggang yang mahukan jentera serba boleh untuk jalan raya dan off-road ringan.
Enjin 500cc Twin – 47 HP, 45 Nm

Morbidelli T502X dikuasakan enjin 486cc dua silinder DOHC 8-injap, menghasilkan 35 kW, bersamaan kira-kira 47 HP, bersama 45 Nm tork. Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai, memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif untuk pelbagai situasi tunggangan.
Turut dilengkapi sistem penyejukan cecair, EFI serta slipper clutch, membantu kestabilan ketika downshift agresif.
Tangki 18L, Sesuai Perjalanan Jarak jauh

Kapasiti tangki bahan api adalah 18 liter, menjadikan T502X sesuai untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap berhenti isi minyak.
Ini antara faktor penting untuk peminat adventure touring yang gemar ride jauh atau overland.
Suspensi Travel Tinggi, Sesuai Pelbagai Permukaan
Dari segi casis, model ini menggunakan fork USD boleh laras di hadapan dan monoshock belakang dengan pelarasan redaman.
Suspensi menawarkan ketinggian sekitar 180 mm depan, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan ketika merentasi jalan tidak rata.

Brek Setup Kembara
Sistem brek menggunakan komponen J.Juan dengan cakera berkembar 300 mm di hadapan serta cakera 240 mm di belakang.
Dipadankan dengan ABS dua saluran, sistem ini memberikan kuasa hentian yang meyakinkan dalam pelbagai keadaan jalan.
Teknikal Setup

T502X menggunakan tayar Pirelli dengan saiz 19 inci depan dan 17 inci belakang, kombinasi biasa untuk motosikal adventure.
Dimensi utama:
- Panjang: 2,204 mm
- Jarak roda: 1,465 mm
- Tinggi tempat duduk: 830 mm
- Kelegaan tanah: 210 mm
- Berat siap isi: 210 kg
Model ini memberikan keseimbangan antara kestabilan highway dan keupayaan off-road ringan.
Teknologi Moden – TFT, TCS, Ride Modes
Morbidelli T502X hadir dengan pelbagai ciri moden untuk meningkatkan pengalaman tunggangan.
Antara yang ditawarkan:
- Paparan TFT 7 inci
- Traction Control System (TCS)
- ABS dua saluran
- 2 mod tunggangan: Standard, Off-Road
- TPMS (monitor tekanan tayar)
Ciri ini membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan permukaan.
Connectivity, Touring Features
Dari segi sambungan dan praktikaliti, model ini dilengkapi:
- Bluetooth connectivity
- Navigasi & screen mirroring
- Sistem T-BOX & aplikasi Morbidelli
- USB Type-A & Type-C
Turut hadir dengan windscreen boleh laras, handguard dan set kotak penuh untuk kegunaan touring.
Siap Set Box Lengkap
Untuk pengembaraan jarak jauh, T502X datang dengan:
- 2 side box (32L setiap satu)
- 1 top box (45L)
Ruang simpanan ini cukup untuk bawa barang bagi trip panjang.
Harga Morbidelli T502X Malaysia
Morbidelli T502X ditawarkan pada harga RM28,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Setiap pembelian turut didatangkan dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, menjadikannya antara pakej menarik dalam segmen adventure 500cc.
Secara keseluruhan, T502X nampak seperti pakej lengkap, kuasa cukup, spesifikasi solid, teknologi moden dan harga masih kompetitif untuk kelasnya.







