Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Baharu di Miri
Auto Terkini

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Baharu di Miri

SyafieBy Syafie21/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pusat 4S di Miri, Sarawak

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) terus memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi pembukaan Pusat 4S (jualan servis, alat-ganti dan baik pulih serta cat) baharu di Miri, Sarawak hasil kerjasama dengan pengedar sah Auto Pacifica.

Pusat baharu itu adalah merupakan hasil penempatan semula dan naik taraf fasiliti sedia ada kepada hab automotif lengkap yang menawarkan pengalaman lebih lancar dan selesa kepada pelanggan.

Ia direka berdasarkan konsep moden yang menampilkan ruang pameran luas, kawasan penerimaan pelanggan yang mesra dan ruang menunggu lebih selesa.

Dengan keluasan mencecah 21,669 kaki persegi, Pusat 4S itu dibangunkan selaras identiti global Mitsubishi Motors, sekali gus mencerminkan komitmen jenama itu terhadap kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Fasiliti Lengkap, Servis Lebih Efisien

Pusat 4S Mitsubishi Miri

Antara kelebihan utama Pusat 4S itu adalah kemudahan selepas jualan lengkap:

  • 13 ruang servis untuk penyelenggaraan kenderaan
  • 6 ruang baik pulih badan dan cat (Body & Paint)
  • Juruteknik bertauliah bagi memastikan diagnosis tepat dan masa siap lebih pantas

Dengan konsep 4S, pelanggan kini boleh menikmati semua perkhidmatan daripada pembelian hingga penyelenggaraan di bawah satu bumbung, sekali gus menjadikan pengalaman pemilikan lebih mudah dan menyeluruh.

Perkukuh Kehadiran Mitsubishi di Sarawak

Pusat 4S Mitsubishi Miri

Auto Pacifica yang sudah menjadi rakan pengedar sejak 2009, kini terus meluaskan operasi di Sarawak dengan rangkaian di Miri, Bintulu dan Kota Samarahan.

Disokong Samling Group, peluasan itu mampu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Mitsubishi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Takashi Sakamaki berkata, pembukaan pusat baharu itu bukan sekadar peluasan rangkaian, tetapi bukti komitmen untuk mendekati pelanggan dan menawarkan pengalaman lebih baik.

Seiring Pelancaran Model Baharu

Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan

Pembukaan Pusat 4S itu hadir tepat pada masa susulan pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Mitsubishi Xforce, yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu moden di Malaysia.

Lokasi dan Waktu Operasi

Pusat 4S Auto Pacifica Miri terletak di:

  • Lot 4448, K.B.L.D. 17, Jalan Miri Bypass,
    Autocity Eastwood Town Centre,
    98000 Miri, Sarawak
  • Isnin – Sabtu: 8:30 pagi – 5:30 petang
    Ahad: 10:00 pagi – 3:00 petang
Auto Pacifica Auto Terkini Mitsubishi Motors Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Sarawak Pusat 4S Mitsubishi Pusat 4S Mitsubishi di Miri
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.