Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
Auto Terkini

Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebentar tadi melancarkan supermoped generasi baharu dipanggil Y16ZR VVA (2021) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada harga asas RM10,888 (atas kertas).

Model bertemakan ‘Prestasi Terunggul’ ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna: kuning, perak dan biru berbanding empat opsyen warna pada Y15ZR sebelum ini.

Berikut perincian Y16ZR VVA (2021):

  • Menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC VVA penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4 Nm @ 8,000rpm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang jarang ditawarkan dalam segmen kapcai bawah 200cc pemasangan tempatan (CKD).
  • Menggunakan sistem kunci pintar dan soket kuasa 12V untuk mengecas peranti pintar seperti telefon pintar.
Y16ZR
  • Sistem brek menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda. Sama seperti versi Vietnam tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disediakan.
  • Rekabentuk menampilkan gari badan lebih sporty yang mengambil ilham gaya superbike YZR-R1 untuk membantu meningkatkan faktor aerodinamik dan mengurangkan kesan seretan angin ketika menunggang. Pelana lebih menjungkit ke belakang berbanding Y15ZR, manakala ekzos diposisikan lebih rendah.
  • Ada lampu siang (DRL) seperti kening mata pada fairing depan, manakala sistem pencahayaan menggunakan LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan signal belok.
  • Kluster instrumen jenis LCD digital penuh dengan paparan spidometer, takometer, posisi gear, jarak tunggangan, bar petrol dan set indikator petunjuk serta amaran.
  • Saiz tangki minyak dipertingkat kepada 5.4 liter berbanding 4.2 liter sebelum ini. Isian tangki minyak penuh mampu mencapai jarak tunggangan maksimum 256km.
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu). HLYM mengesahkan model baharu ini boleh didapati di semua wakil pengedar bermula 31 Mac ini.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
BACA >>> Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Jim Khor berkata, pandemik Covid-19 yang melanda tidak menjejaskan industri motosikal. Y16ZR dibangunkan berasaskan hasil kajian dan penyelidikan (R&D) mengikut permintaan pelanggan dan segmen pasaran selain aktiviti berkaitan seperti konvoi.

“Y15ZR atau Waisuku ialah model paling laris di Malaysia dan saya yakin ia akan berterusan dalam kelas 155cc. Model baharu ini ada DNA Yamaha iaitu prestasi, inovasi dan gaya. Inilah motosikal paling berkuasa dalam kelasnya.”

“5,000 pembeli pertama akan terima key pouch (beg kunci) istimewa. Kami juga akan menawarkan aksesori eksklusif Y Series dalam masa terdekat.” katanya

Jim Khor berkata lagi, model lama Y15ZR akan terus jual bersama Y16ZR. Kedua-dua model itu akan dijual secara berasingan kerana masih ada permintaan daripada pelanggan.

Y16ZR
Y16ZR
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kapcai 155CC Supermoped Yamaha Y15ZR VVA (2021) Yamaha Y16ZR VVA (2021)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.