• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad

Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad

February 24, 2021 By Aryon Leave a Comment

837
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA namanya Yamaha, ini bukanlah berita yang mengejutkan. Selepas perayaan Tahun Baru Cina berlalu, harga model supermoped popular, Exciter 155 VVA (Malaysia:Y15ZR) di Vietnam melonjak tinggi berbanding harga pada awal pelancaran dulu, 19 Disember 2020.

Harga cadangan Exciter 155 VVA untuk varian standard, premium dan GP ialah  47 juta dong (RM8,250), 50 juta dong (RM8,780) dan 50.5 juta dong (RM8,870).

BACA >>> #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

Menurut maklumat didedahkan portal Zing. news, pengedar Yamaha di Binh Thanh dalam Bandar Raya Ho Chi Minh menjual model kapcai itu pada harga 58.5 juta dong (RM10,270) untuk standard, 63 juta dong (RM11,060) premium dan 64 juta dong (RM11,240) GP. Berbanding harga asal, beza harga meningkat kira-kira 11.5-13.5 juta dong (RM2,020-RM2,370) lebih tinggi. Juga lebih mahal 5-6 juta dong (RM880-RM1,050) berbanding bulan sebelum ini

Bagaimanapun, itu bukanlah harga tertinggi Exciter 155 VVA kerana ada pengedar lain di ibu kota itu menjual setinggi 62 juta dong (RM10,890) untuk varian standard dan 67 juta dong (RM11,760).

Malah menurut jurujual ditemui, harga model kapcai Yamaha itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang yang mana jumlah unit diberikan kepada setiap pengedar juga semakin terhad dan berkurangan kerana tidak mampu menampung permintaan pembeli.

Bagaimanapun, harga di luar Bandar Raya Ho Chi Minh masih munasabah, iaitu antara 48 juta dong hingga 55 juta dong (RM8430-RM9,660) untuk tiga varian berkenaan.

Terdahulu, ada meramalkan harga Exciter akan menurun selepas Tahun Baru Cina kerana ramai berbelanja sempena tahun baru dan perayaan. Namun, ramalan itu meleset. Mengenai pesaingnya Honda Winner X, jualan model itu dikatakan agak terjejas berikuta populariti lawannya itu. Ramai peminat motosikal di Vietnam mendakwa rekabentuk Exciter lebih menarik berbanding Winner X.

BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

SUMBER: ZingNews.vn

837
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, Yamaha, Yamaha Exciter 155, Yamaha Exciter 155 VVA, Yamaha Motor Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
    #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my