Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
Autotainment

#Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

AryonBy Aryon13/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Exciter 155 VVA
baru saja dilancarkan di Vietnam pada 30 Disember lalu dengan kapasiti enjin lebih besar (155cc) berasasan trenkuasa R15 berserta teknologi injap variabel VVA dan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.

Terbaharu, seorang pemilik Exciter 155 VVA di Vietnam, Vlog 135i memuat naik video di laman YouTube yang merekodkan kelajuan maksimum supermoped itu. Had kelajuan paling tinggi dipaparkan spidometer kapcai tersebut ialah 151kmj dalam gear 6 dan rev lebih 10,000rpm. Bagaimanapun, rekod GPS yang ditunjukkan pada sudut kiri atas video itu menunjukkan angka 146kmj.

BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Dengan ralat meter sekitar 4-5kmj berbanding GPS, kelajuan Exciter 155 VVA memang mengujakan, dan mampu membuatkan bakal pemilik ‘Waisuku V3’ baharu di Malaysia tersenyum penuh kebanggaan.

Secara terperinci, Exciter 155 VVA dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 17.7hp @ 9500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm. Trenkuasa baharu ini menggunakan injektor yang ditambah baik, diambil daripada teknologi R1 dengan sudut suntikan 18º dan 10 injektor.

Ciri lain dimiliki supermoped Yamaha ini ialah kluster instrumen multifungsi LCD digital penuh, sistem kunci pintar dengan butang ‘Answer Back’, kaliper brek depan dwi-piston, klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), suis pemati enjin, tangki minyak 5.4 liter, dan soket kuasa 12V.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

Ada tiga varian ditawarkan Exciter 155 VVA versi Vietnam pada harga seperti berikut:

Standard
Premium
Yamaha Exciter 155 VVA GP
  • Standard – 46.99 juta dong (RM8,280)
  • Premium  49.99 juta dong (RM8,770)
  • GP – 50.49 juta dong (RM8,900)
Kapcai motosikal roda2 Supermoped videotomotif Yamaha Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Yamaha Motor Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.