Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XSR700 (2020) dengan Warna Baharu Lancar di Amerika, Harga RM34.7k
Roda2

Yamaha XSR700 (2020) dengan Warna Baharu Lancar di Amerika, Harga RM34.7k

AryonBy Aryon09/01/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA XSR700 (2020) dengan pilihan warna baharu baru saja dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) pada harga bermula AS$8,500 (RM34,760).

Jentera middleweight gaya retro itu berkongsi trenkuasa dan teknologi yang sama seperti naked bike MT-07. Model ini juga sebahagian daripada siri produk Sport Heritage Yamaha yang menggunakan rekabentuk nostalgik sama seperti XSR900.

Tiada model XSR yang dibawa masuk Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) selaku wakil pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. Tetapi untuk pasaran Asean, XSR700 berpotensi menjengah pasaran negara jiran seperti Vietnam dan Thailand yang sebelum ini pernah memasarkan model-model XSR berkuasa besar.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Bagi edisi 2020, XSR700 ini menampilkan dua pilihan warna, iaitu hitam dan putih dengan aksen merah dan hitam. Bahagian rim mendapat kemasan warna tembaga yang berbeza untuk setiap varian warna.

Tiada sebarang naik taraf kuasa dan ciri dilakukan Yamaha, masih kekal sama seperti model terdahulu. Lampu depan masih menggunakan mentol halogen dan begitu juga signal belok. Bagaimanapun lampu belakang menggunakan kluster LED. Frem direka dalam bentuk kekisi yang dipautkan pada enjin dan jelas menonjolkan komponen-komponen utama.

Tinggi pelana 835mm, dan berat basah 186kg. Posisi dan pengendalian sesuai ditunggang mereka yang memiliki ketinggian sekurang-kurangnya 170sm. Dari segi dimensi XSR700 memiliki panjang 2,075mm, lebar 820mm dan tinggi 1,130mm, manakala jarak rosa 1,405mm dan tinggi kelegaan tanah 140mm.

Tangki minyak aluminium berbentuk titis air memiliki kapasiti 14 liter. Roda depan menggunakan sistem brek dwi-cakera diameter 282mm dengan brek kaliper 4-piston, manakala roda belakang dipasangkan brek cakera tunggal 245mm. Kedua-dua roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 180/55 di belakang.

BACA >>> Yamaha Siapkan XSR 250 Gaya RZ Klasik, dan MT-25 dengan Lampu Mata?

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Perincian paling moden yang ada pada XSR700 ialah panel meter digital monokrom yang memaparkan maklumat jentera seperti takometer, spidometer, posisi gear, paras minyak, dan jam.

Trenkuasa XSR700 dipacu enjin 689cc Parallel-Twin jenis aci engkol rentas (crossplane crankshaft) 270º berkuasa 74hp @ 9,000rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

XSR700 dijadualkan mula berada di pasaran pada Februari ini.

BACA >>> Suzuki Saluto 125 – Skuter Retro Klasik untuk Cabar Vespa, Lambretta

GALERI
retro roda2 Sport Heritage Sportbike Middleweight sportbike retro Yamaha Yamaha USA Yamaha XSR700 (2020)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    4 Comments

    1. Jan on 11/01/2020 20:10

      kenapa model XSR x masuk malaysia? rasanya sambutan bakal hebat kalau masuk. banyak peminat motor retro di malaysia, dan pastinya orang ramai mahukan rupa retro, tapi prestasi moden.

      lagipun, tampilan xsr nampak lebih matang dan macho, dan kurang “robot” daripada model yamaha yang sekarang.

      Kami mahu XSR !

      Reply
    2. Felix Wong on 10/12/2020 18:54

      “Tiada model XSR yang dibawa masuk Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) selaku wakil pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.”

      All i can say is those stupid HLYM, they don’t really understand about market segment and trands. after all this years waiting, they still giving us a stupid reason that market segment is too small to bring in XSR model.
      They still keep selling ONLY robotic look bike. I beliave non of the top managements know about bike or even know how to ride a bike, Stupit old conservative managers, “KIASU” is the best definition.
      Not because of small cc bike, this company already Doomed long long time ago, this company is not a smart company, they just got lucky to have the dealership because they have money.
      Don’t want to buy Yamaha anymore.

      Reply
    3. Zambrotta on 20/03/2022 15:59

      Poor malaysian side.. interfere of politician maybe.. all they want % % %… make malaysia market price.. x masuk akal.. Dengggg…

      Reply
    4. Veyaasher Veeramany on 24/05/2023 08:39

      Useless HLYM management.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.