Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa
Auto Terkini

Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK negara mula mengetatkan regulasi emisi yang menyaksikan banyak pengeluar mula beralih kepada pembangunan kenderaan elektrik dalam usaha menghasilkan produk sifar emisi.

Dalam industri motosikal, pembangunan motor elektrik juga tidak terkecuali. Yamaha misalnya sedang membangunkan motor elektrik unutk digunakan dalam pelbagai rangkaian trenkuasa dan kegunaan, termasuk menawarkan enjin untuk bermacam-macam produk jenama itu daripada kereta, bot, generator hingga kenderaan industri.

BACA >>> Yamaha Buka Tempahan Motor Elektrik Prestasi Tinggi

Motor Elektrik 35kW
Motor Elektrik 150kW

Jurutera Yamaha, Takashi Hara menyatakan pengeluar motosikal Jepun itu kini sedang membangunkan dua motor elektrik berkuasa 35kW (46.9hp) dan 150kW (201hp). Motor elektrik 35kW akan diperluas untuk semua aplikasi mobiliti kecil termasuk motosikal, manakala motor elektrik 150kW untuk kegunaan kereta elektrik.

Hara berkata,  Yamaha menggunakan teknologi tuangan canggih yang membolehkan rekabentuk motor elektrik dihasilkan dalam bentuk kompak dan ringan. Pasukan jurutera juga memberi penekanan kepada aspek bunyi dihasilkan.

“Bagi menyerlahkan keberadaan sebagai motor penggerak, kami gunakan juga untuk kereta. Contohnya, kami memasukkan unsur Kanno Seino (prestasi menyeronokkan) seperti memperhalusi bunyi dihasilkan. Inilah bagaimana kami menjelaskan keseronokan dan emosi produk kami untuk kereta,” katanya.

Yamaha sebenarnya memiliki pengetahuan tentang talaan bunyi ekzos automotif. Malah, enjin buatan Yamaha pernah menggerakkan beberapa kereta ikonik seperti Toyota 2000GT dan Lexus LFA. Diharapkan talaan deruman ekzos daripada Yamaha itu tidak menyebabkan masalah pencemaran bunyi pula.

Mari tonton video bunyi ekzos di atas ini yang mana Yamaha menghasilkan deruman bunyinya seakan bunyi kapal angkasa.

Yamaha juga sedia menimbangkan menggunakan motor 150kW untuk motosikal. Ini bakal menjadikan motosikal itu sebagai model hebat kerana ledakan kuasa 150kW adalah setanding motosikal prestasi tinggi masa kini.

Sekarang, bolehkah anda bayangkan Yamaha R1 dikuasakan motor elektrik ini?

BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?
BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

GALERI
Motor Elektrik 35kW
Motor Elektrik 150kW

SUMBER: Motopinas

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) motor elektrik Motor Elektrik Yamaha motosikal elektrik roda2 Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.