• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

#TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

April 17, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH kereta hibrid dan elektrik benar-benar mesra alam sekitar?

Kriteria utama yang melayakkan sesebuah produk itu dikelaskan sebagai mesra alam adalah ia mesti mengambil kira faktor sumber bahan, cara diperoleh, kaedah pembuatan dan pelupusan. Dalam konteks kenderaan elektrik, faktor alam sekitar itu sepatutnya dibuat secara menyeluruh, bukan sekadar bebas emisi sahaja.

Antara komponen yang sentiasa jadi perhatian ialah bateri. Kini pihak industri sudah pun mempunyai jalan penyelesaian iaitu guna semula (reuse) atau kitar semula (recyle). Praktis itu kini dilakukan Honda Motor Europe dan SNAM (Société Nouvelle d’Affinage des Métaux) yang bekerjasama untuk memanfaatkan bateri kereta hibrid dan elektrik yang sudah habis kitaran penggunaan.

BACA >>> 5 Soal-Jawab Utama Tentang Kereta Elektrik (EV) yang Perlu Anda Tahu

Dalam perjanjian itu, SNAM bertanggungjawab mengumpul dan mengitar semula bateri kenderaan hibrid dan elektrik Honda. Bateri tersebut kemudian akan disediakan untuk kitaran kedua sebagai simpanan tenaga yang boleh diperbaharui. Jika tidak boleh digunakan, kandungan bahan berharga yang tersimpan akan diekstrak untuk dikitar semula.

Honda dan SNAM sudah bekerjasama sejak 2013 dalam usaha memastikan bateri yang tamat kitaran guna semula dapat dibuat mengikut piawaian alam sekitar Kesatuan Eropah (EU), termasuk kaedah pelupusan.

Secara spesifik, SNAM akan mengumpul bateri litium-ion dan nikel metal Hidrada (NiMH) dari rangkaian pengedar Honda dan pusat rawatan bertauliah (ATF) di 22 negara. Syarikat itu kemudian akan menganalisis kesesuaian bateri untuk dikitar semula sebelum diproses.

Apa yang menarik, segala hal logistik, pengangkutan selamat dan rendah karbon digunakan sepanjang proses pengumpulan bateri. Ia sesuatu yang masuk akal, takkanlah mahu menggunakan kenderaan yang kotor dan tidak selamat untuk tujuan menyelamatkan alam sekitar?

PROSES PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA DILAKUKAN SNAM

  • Selepas bateri tiba, penilaian akan dibuat bagi menentukan pek bateri yang sesuai untuk dijadikan storan simpanan tenaga.
  • Jika bateri dapat disesuaikan semula, SNAM akan menawarkan ia untuk kegunaan domestik dan industri.
  • Jika sel bateri rosak dan tidak sesuai digunakan semula, bahan seperti kobalt dan aluminium boleh diekstrak menggunakan teknik hidrometalurgi (hydrometallurgy).
  • Bahan tersebut boleh digunakan semula untuk pengeluaran bateri baharu, pigmen warna atau aditif mortar.

Bagi pengambilan bateri, pengedar Honda boleh membuat permohonan menerusi platform atas talian SNAM. Tempoh pengambilan dari hab berpusat boleh dibuat dalam masa 15 hari supaya pengedar tidak perlu menyimpan bateri terpakai di premis mereka.

BACA >>> Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

GALERI
Honda e.01
Honda Battery Recycling 1
Honda Battery Recycling 2
Honda Battery Recycling 3
Honda Battery Recycling 3a
Honda Battery Recycling 4
Honda Battery Recycling 5
Honda Battery Recycling 6
Honda Battery Recycling 7
Honda Battery Recycling 8
Honda CR-V Hybrid.01
Honda CR-V Hybrid.02
Infographic_UK Honda CR-V Hybrid
276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bolehkah Bateri EV Dikitar Semula, EV, Honda, hybrid, Kitar Semula Bateri Kereta EV, Mesra Alam Sekitar, SNAM, Société Nouvelle d’Affinage des Métaux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my