Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha R15 V3 Sah Masuk Malaysia, Bakal Lancar 28 Julai Ini!
Roda2

Yamaha R15 V3 Sah Masuk Malaysia, Bakal Lancar 28 Julai Ini!

ZYBy ZY28/07/201814 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YES!! Selepas bertahun lama menanti sambil menadah telinga mendengar pelbagai spekulasi yang entah betul atau tidak, Yamaha R15 akhirnya sah bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan. Ini bukan cubaannnnn…

Kepada pembaca kami yang tidak sempat mengikuti perkembangan Yamaha FZ150i, saudara terdekatnya, YZF-R15, yang tidak pernah dibawa masuk ke Malaysia, ialah versi ‘sukan’ kepada streetbike itu.

Kenapa? Jika diperhatikan frem Deltabox yang ada pada FZ150i ialah frem prestasi tinggi yang hanya ada pada sportbike Yamaha sebelum itu. Jadi, R15 boleh dikatakan versi lengkap kepada FZ150i sambil mengharapkan sportbike 150cc ini menghadiahkan pengalaman tunggangan lebih baik ataupun sekurang-kurangnya berbeza.

Berbalik topik, khabar ini dapat disahkan menerusi jemputan yang kami terima daripada pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Jika diperhatikan gambar di bawah (sebelah kiri) dan buat rujukan imej di internet, tidak dapat disangkal lagi itu ialah bahagian sisi R15 v3!.

Perhatikan bahagian yang di-highlight di atas, sama bukan?

Cuma itu saja yang sempat kami ‘korek’ buat masa ini. Ada beberapa soalan penting lain yang kami yakin peminat setia tidak sabar menantikan kepastiannya. Antaranya ialah isu spesifikasi akhir, sama ada mengikut spesifikasi Indonesia atau India, dan harga. Adakah menepati ramalan iaitu sekitar RM12,000 atau lebih murah?

Jika lebih murah, apakah ciri yang bakal dikorbankan kerana ramai sedia maklum, R15 versi terbaharu ialah sportbike kelas 150cc pertama Yamaha yang dilengkapi ciri canggih seperti enjin 155cc VVA  (Variable Valve Actuation), fork depan terbalik (USD) dan Klac Sliper dan Bantuan (Assist & Slipper Clutch).

Ketiadaan ciri-ciri itu akan menurunkan harga sportbike aras mula itu, tetapi pada masa sama ciri itu jugalah yang membuatkan bakal pembeli tertarik. Ini kerana pesaing terdekat, Modenas Pulsar RS200 menawarkan enjin lebih berkuasa, DTS-i berkapasiti 200cc. Selain ABS (tiada ABS pada R15 v3), hanya spesifikasi asas dibekalkan pada model jenama tempatan versi rebadge itu.

Apa pun, segala persoalan akan terjawab menjelang hari pelancaran Yamaha YZF-R15 pada 28 Julai ini. Terus ikuti laman Facebook kami di Arena Permotoran dan PanduLaju.com.my untuk mengetahui pengumuman seterusnya.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

BACA >>> Spekulasi Terkini! Yamaha R15 Bakal Gantikan FZ150i?


SPESIFIKASI

YAMAHA YZF-R15 V3.0 (versi Indonesia)

ENJIN: Penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap, suntikan bahan api (Fi), silinder tunggal, petrol
KAPASITI ENJIN: 155.1cc
TRANSMISI: 6-kelajuan, klac multiplat jenis basah
CASIS: Frem Delta Box
KUASA MAKSIMUM: 19.04hp @ 10,000rpm
TORK MAKSIMUM: 14.7Nm @ 8,500rpm
DIMENSI panjang x lebar x tinggi : 1,990mm x 725mm x 1,135mm
TINGGI PELANA: 815mm
JARAK RODA: 1,325mm
BERAT: 137kg
TANGKI: 11 liter
TAYAR & RODA: 100/80-17M/C 52P (depan); 140/70-17M/C 66S (belakang); Rim Aloi 17 inci, Tayar Tanpa Tiub (tubeless)
BREK: Cakera Tunggal 282mm (depan); Cakera Tunggal 240mm (belakang)
SUSPENSI: Teleskopik Terbalik (USD) (depan); Monoshock (belakang)
LAMPU: Lampu Depan dan Belakang LED, Lampu Signal Kristal (kiri dan kanan), Lampu Posisi
CIRI MUDAH & SELESA: Penghidup Elektrik, Peg Kaki pembonceng, Lampu Nampak (pass light), Pelana Terpisah, Bar Hendal Pembonceng, Suis Mati Enjin
KONSOL INSTRUMEN: Digital – Spidometer, Takometer, Meter Trip, Odometer, Tolok Minyak, Indikator Gear
BATERI: Bebas Senggara, 3.5Ah (10H), 12V

autotainment HLYM Hong Leong Yamaha Motor motosikal R15 R15 V3 roda2 sembang deras sportbike Yamaha Yamaha R15 Yamaha R15 V3
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026

14 Comments

  1. Ivan martin on 05/07/2018 17:55

    Nice bike

    Reply
  2. Rizan r on 06/07/2018 19:47

    Akhirnya. TQ HLY.

    Reply
  3. lolsomany on 10/07/2018 00:01

    HP sama dengan GSXR150

    Reply
    • NobodyReadThese on 21/07/2018 17:16

      Salah tu Gsx-R150 18Hp tp lagi ringan 126kg ke ape…
      Seat height lgi rendah pastu dengar ergonomic lgi menunduk…

      Reply
      • Lolojook on 07/08/2018 15:45

        Gsx r150 doch . Padu . Tapi sayang tak masuk malaysia

        Reply
  4. Peminat vva on 20/07/2018 20:07

    Roadtax rm30/setahun utk 155cc

    Reply
    • wan hakim on 24/07/2018 08:28

      ada live ke utk event ni?

      Reply
  5. Ady on 25/07/2018 14:24

    Ye..telah disahkan oleh staff HLY sndri..lg sebulan akan keluar..

    Reply
  6. Wei Dong Ng on 28/07/2018 05:39

    Benar ke berita ni? Esok sampai dah… nanti balik Malaysia nak beli haha. Dengan harapan moto ini tidak melebihi RM 8k.

    Reply
    • Wei Dong Ng on 28/07/2018 05:41

      12k sorry

      Reply
  7. Yazid Rashid on 28/07/2018 20:53

    rm11,988

    Reply
  8. Steparneo on 02/01/2019 19:48

    Deposit?

    Reply
    • Mirol on 16/11/2019 01:25

      Deposit brp

      Reply
  9. Denu on 16/06/2021 20:10

    I would like to buy this motor.. can anyone contact me in WhatsApp.. 01116249595

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.