Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Spekulasi Terkini! Yamaha R15 Bakal Gantikan FZ150i?
Auto Terkini

Spekulasi Terkini! Yamaha R15 Bakal Gantikan FZ150i?

ZYBy ZY29/06/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH setia menanti Yamaha R15? Nah, kami ada khabar gembira untuk anda!

Jika ada pembaca masih ingat, awal tahun ini kami pernah bertanya kepada Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) sendiri, Datuk Jim Khor sama ada Yamaha R15 v3 versi terbaharu akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.

Jawapan beliau ketika itu sedikit mengecewakan; “Masih dalam tempoh ujian, belum ada keputusan.” Walhal kelibat jentera sukan 150cc itu sudah kerap dilihat atas jalan raya sejak diintip peminat setia jenama Jepun itu sejak hampir setahun lalu.

Namun, baru-baru ini timbul desas-desus kuat mendakwa Yamaha R15 v3 bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Menurut sumber boleh dipercayai lagi, street naked 150cc popular Yamaha, iaitu FZ150i sudah mula dihentikan pengeluaran bagi memberi laluan kepada model sportbike R15 ini. Mungkin ini berita kurang enak kepada peminat jentera ‘separa sport’ jimat minyak itu.

Namun, dalam pasaran automotif yang kecil seperti Malaysia, tidak sukar untuk mencari alasan kenapa FZ150i terpaksa dikorbankan. Selain perlu berentap sengit dengan Modenas Pulsar NS200 yang lebih berkuasa, dan dalam julat harga bawah RM10,000, FZ150i juga bersaing dalam barisan jentera Yamaha sendiri seperti kapcai Y15ZR yang mendominasi pasaran motosikal praktikal prestasi tinggi kelas 150cc.

BACA >>> #SembangDeras: Yamaha R15 Tidak Muncul Sebab Tidak Macam Buat Kuih

Dengan pengenalan model sport R15, kami tidak menolak andaian model itu akan lebih berdaya saing memandangkan pesaing terdekat cuma sportbike Modenas, Pulsar RS200. Dalam braket harga yang dianggarkan kira-kira RM12,000 hingga 13,000, tidak diragui ada perbezaan kuasa ketara dengan enjin 200cc milik Pulsar RS200 yang nyata lebih bertenaga apabila dibandingkan dengan motosikal 150cc lain di pasaran.

Namun kami yakin, pengaruh jenama Yamaha itu sendiri, termasuk rekabentuk seksi bergaya berserta teknologi dimiliki untuk versi R15 terbaharu ini (seperti VVA, fork depan USD), ia pasti mampu menambat hati mereka yang mahukan sportbike aras mula berjenama terkenal dengan bajet sekitar RM15,000 ke bawah.

Desas-desus ini juga dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada staf pemasangan HLYM yang mendakwa model sportbike 150cc itu sudah pun mula dipasang di Sungai Buloh. Jika benar pemasangan tempatan sudah bermula (yang bukan import), ini bermakna R15 kemungkinan besar sudah hampir bersedia dilancarkan dalam masa terdekat.

Apa kata anda, boleh percaya atau tidak?


SPESIFIKASI

YAMAHA YZF-R15 V3.0

ENJIN: Penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap, suntikan bahan api (Fi), silinder tunggal, petrol
KAPASITI ENJIN: 155.1cc
TRANSMISI: 6-kelajuan, klac multiplat jenis basah
CASIS: Frem Delta Box
KUASA MAKSIMUM: 19.04hp @ 10,000rpm
TORK MAKSIMUM: 14.7Nm @ 8,500rpm
DIMENSI panjang x lebar x tinggi : 1,990mm x 725mm x 1,135mm
TINGGI PELANA: 815mm
JARAK RODA: 1,325mm
BERAT: 137kg
TANGKI: 11 liter
TAYAR & RODA: 100/80-17M/C 52P (depan); 140/70-17M/C 66S (belakang); Rim Aloi 17 inci, Tayar Tanpa Tiub (tubeless)
BREK: Cakera Tunggal 282mm (depan); Cakera Tunggal 240mm (belakang)
SUSPENSI: Teleskopik Terbalik (USD) (depan); Monoshock (belakang)
LAMPU: Lampu Depan dan Belakang LED, Lampu Signal Kristal (kiri dan kanan), Lampu Posisi
CIRI MUDAH & SELESA: Penghidup Elektrik, Peg Kaki pembonceng, Lampu Nampak (pass light), Pelana Terpisah, Bar Hendal Pembonceng, Suis Mati Enjin
KONSOL INSTRUMEN: Digital – Spidometer, Takometer, Meter Trip, Odometer, Tolok Minyak, Indikator Gear
BATERI: Bebas Senggara, 3.5Ah (10H), 12V

autotainment HLYM Hong Leong Yamaha Motor motosikal R15 R15 V3 roda2 sembang deras sportbike Yamaha Yamaha R15 Yamaha R15 V3
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026

2 Comments

  1. saravanan on 30/06/2018 12:19

    tak ada ABS! tak pe tak nak. SKIP.

    Reply
  2. Azam on 29/07/2018 07:55

    Yamaha Slaz (Thailand) atau xabre (indon) tak bawa masuk ke?…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.