Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha MT-15 Edisi Khas Ala Warna Petronas Lancar di Thailand, Harga Kekal RM13k!
Auto Terkini

Yamaha MT-15 Edisi Khas Ala Warna Petronas Lancar di Thailand, Harga Kekal RM13k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Thailand (YMT) semalam baru saja melancarkan MT-15 Edisi Khas sempena ulang tahun jenama Yamaha global yang ke-65 dan didatangkan dengan seragam baharu ala hijau Petronas pada harga 98,500 baht (RM13,320).

Terjemahan laman web menyebut streetbike itu sebagai MT-15 (2020) serba baharu (all new), tetapi faktanya ia model sama seperti generasi terdahulu, cuma diubah aspek kosmetik.

BACA >>> Rossi, Vinales Perkenal Yamaha MT-15, MX-King Baharu untuk Pasaran Indonesia

Tanda harga diletakkan nyata mengejutkan kerana YMT mengenakan harga sama seperti MT-15 sedia ada yang dikeluarkan pada 2018. Tahniah kepada wakil pengeluar Negara Gajah Putih itu kerana tidak memindahkan kos warna baharu kepada pengguna akhir.

MT-15 Edisi Khas ini tampil dengan dekal logo MT, berbeza daripada MT-15 (2018) dengan pelekat teks MT pada bahagian sama. Model baharu 2020 menampilkan aksen jalur kuning floresen atas tangki minyak dan warna sama pada keseluruhan rim kedua-dua tayar.

Bagaimanapun, tidak kelihatan pelekat atau logo Petronas atau pasukan Petronas SRT pada mana-mana bahagian badan MT-15 Edisi Khas. Mungkin cuma kebetulan warna digunakan itu mirip warna identiti korporat Petronas. Jadi memang tiada kena mengena dengan edisi Petronas seperti diuar-uarkan.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden

Aspek mekanikal dan komponen MT-15  (2020) kekal sama seperti model 2018, tiada pembaharuan selain warna badan.
Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) emas di depan pada frem jenis Delta Box, manakala suspensi belakang jenis monoshock yang dipautkan pada subfrem dan swingarm.

Model naked ini dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api. Sistem penghidup jenis butang tekan mula, manakala sistem transmisi jenis klac basah manual 6-kelajuan. Kapasiti tangki minyak mampu membuat isian petrol 10 liter, dan sistem henti digalas unit brek cakera tunggal di depan dan belakang. Lampu utama jenis mono LED.

GALERI
YAMAHA MT-15 (2020)
MT-15 (2020)
YAMAHA MT-15 (2018)
MT-15

SUMBER: YamahaMotorThailand

Auto Terkini naked bike roda2 streetbike Thailand Yamaha Yamaha Motor Thailand Yamaha MT-15 Yamaha MT-15 (2020) Yamaha MT-15 Edisi Khas Yamaha MT-15 Petronas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.