• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Jupiter FI (2021) Edisi Terhad Lancar di Vietnam, Harga RM5.3k

Yamaha Jupiter FI (2021) Edisi Terhad Lancar di Vietnam, Harga RM5.3k

June 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Vietnam (Yamaha Vietnam) memperkenalkan varian kapcai Jupiter FI (Malaysia: Lagenda) versi dipertingkat (facelift) dengan pilihan warna baharu dan grafik minimalis yang dijual pada harga 30 juta dong (RM5,370).

Hanya satu warna ditambah untuk Jupiter FI RC, iaitu Silver-Black (perak hitam) dengan grafik badan seperti gaya cetakan karbon dan label Yamaha Limited Edition (edisi terhad) pada fairing sisi.

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?
BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

Berikut perincian Jupiter FI RC (2021) edisi Vietnam:

  • Warna hitam menghiasi bahagian madgad depan dan belakang, hendal dan panel bawah pelana, manakala bahagian badan lain diwarnakan perak. Rekaan rim sport corak lima bintang mirip model keluaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Malaysia.
  • Pembeli juga menerima penutup rantai penuh. Jika di Malaysia, anda mungkin kena beli menerusi pasaran aftermarket.
  • Usaha memperbaharui wajah kapcai itu dibuat atas dua faktor, iaitu model masih popular dan berdasarkan maklum balas pelanggan di Vietnam.

BACA >>> #SembangDeras: Takkan Motor Tak Ada Penutup Rantai Pun Kena Saman?

  • Dijana trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 114cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 9.9hp @ 7,000rpm dan tork 9.9Nm @ 6,500rpm.
  • Kadar penjimatan petrol ialah 1.55 liter per 100km.
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera di depan dan dram di belakang, manakala saiz tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang). Sistem lampu masih mengekalkan mentol halogen.
  • Memiliki berat 104kg, tinggi pelana 765mm dan jarak lega bumi 125mm. Ruang storan bawah pelana menawarkan kapasiti simpanan 7 liter.
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km.

BACA >>> #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Layan Korner Buat Kaki Leper
BACA >>> ABS Wheelie Bar - Peranti Belajar Wheelie Cara Selamat, RM1.2k
BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180

SUMBER: Yamaha Vietnam

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Roda4, yamaha jupiter, yamaha lagenda, Yamaha Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my