• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 4 Tip ‘Layan Korner’ Buat Kaki Leper

#ApaNakBuat: 4 Tip 'Layan Korner' Buat Kaki Leper

October 9, 2018 By AI Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAT motor memang suka 'layan korner' atau 'meleper' dan menjadi antara aksi menunggang paling mengujakan penunggang dan penonton, terutama di trek. Tetapi faktanya, cara mengambil selekoh di trek dengan betul bukan senang dan memang rumit. Jika tersilap langkah, alamatnya tersungkur. Bukan tuan, motor tuan pun boleh punah hingga bercucuran air mata dibuatnya.

Ini boleh terjadi kerana penunggang cuba mengambil selekoh pantas dengan mencondongkan sudut miring, tetapi dek posisi badan yang salah atau terpulas pendikit sebelum masa tepat, memang bye-bye! Tidak kira sepantas mana memecut di laluan lurus, anda belum lagi memenuhi ranking tertinggi tunggangan trek jika tidak menguasai sudut selekoh.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Jadi, artikel kali ini kami berkongsi tentang tip meningkatkan teknik tunggangan atas trek:

1. BERTAHAN UNTUK DAPATKAN LEBIH CENGKAMAN

Cuba kekalkan posisi motor lebih tegak sebelum masuk selekoh, kurangkan sudut miring dan stres ke atas tayar. Posisi badan ialah kunci utama kerana kebanyakan penunggang gagal mengekalkan jentera secukupnya yang menyebabkan sudut miring berlebihan dan menggelincir, ini sangat bahaya!

2.KURANGKAN MEMBREK UNTUK LEBIH LAJU

Anda perlu membrek di awal selekoh sebelum sektor (kawasan selekoh) supaya anda tahu bagaimana memposisikan badan, membrek, menutup terotel dan fokuskan pada apeks - titik pinggir selekoh paling rapat (lihat foto paling bawah).

Pada tahap ini (sebelum masuk selekoh), jangan takut meligatkan rev. Ini kerana rev tinggi membantu anda mengawal motor dan mengurangkan risiko tercampak tinggi (highside).

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Bekas Pelumba Kecam Marquez Sengaja Potong Selekoh Basah

3. TUTUP TEROTEL DI SELEKOH

Sebelum menerkam masuk selekoh, hentikan memulas terotel bermula titik membrek (braking point) hingga ke apeks. Ini akan meningkatkan jarak kelegaan tanah dan membantu anda membelok lebih pantas dan selamat.

Atas trek, anda tentu mahu membaringkan motor semiring mungkin dengan terotel ditutup, mengekang kelajuan dan pada masa sama memecut laju untuk keluar selekoh. Memulas terotel ketika di selekoh akan meningkatkan stres ke atas tayar dan berisiko menyebabkan motor tergelincir.

4. AMBIL TITIK KELUAR, DAN PECUT

Sebaik melepasi apeks, pilih titik keluar dan pecutlah sepantas mungkin. Rasakan cengkaman tayar belakang dan imbangkan tunggangan dengan kawalan terotel.

Anda patut melayan trek dengan satu siri laluan lurus dan disusuli selekoh. Praktiskan skil anda dengan memecut laju, dan membrek kuat atas laluan lurus sebelum meleper mengikut tip yang dihuraikan di atas. Moga berjaya!

BACA >>> 10 Tip untuk Penunggang Perempuan yang Baru Nak Pulas Terotel

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Automotif, autotainment, Kaki Leper, Layan Korner, layan selekoh, roda2, selekoh, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my