• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!

#SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!

February 3, 2020 By Aryon 3 Comments

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA April tahun lalu, peminat motosikal tempatan dimaklumkan yang projek super moped Modenas tidak dapat diteruskan. Berita itu disahkan sendiri Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Antara sebab utama kenapa dihentikan adalah kos pelaburan yang sangat tinggi dan tidak berbaloi. Seperti kita tahu, jualan Modenas lebih banyak bertumpu kepada pasaran domestik, dan terpaksa pula berdepan dengan krisis kewangan dan kegawatan ekonomi.

BACA >>> Super Moped Modenas Sah Tidak Jadi Jual

Sudah tentu berita itu cukup menyedihkan hingga menyebabkan peminat setia kami, Ahmad Ahmad yang tidak jemu mengucapkan Modenas Modenas Modenas saban masa tetiba hilang dari radar. Adakah dia diculik kartel Austria?

Dengan khabar enjin super moped itu dibikin khas pasukan jurutera Modenas yang 'berkampung' hampir tiga tahun di Universiti Graz, Austria, siapa je yang tak teruja? Dikecohkan pula akan didatangkan dalam dua varian, 150cc dan 175cc. Pehhh...

moped modenas
moped 175cc Modenas
moped 175cc Modenas
harga moped modenas

Tak cukup lagi, muncul pula beberapa gambar spyshot yang menunjukkan prototaip kapcai itu sedang ditunggang uji di atas jalan raya Malaysia. Masing-masing dah mula berangan, dan tabung buluh di rumah pun tetiba bergegar.

Tup tup tup.. tak jadi.... Memang turrrrr....

HARAPAN MUNCUL SEMULA?

Moped Modenas
Foto Moped Modenas_PanduLaju (2)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (1)
Moped Modenas
Harga Moped Modenas

Tiba-tiba Modenas (juga pada tahun dan bulan sama, April 2019) mengumumkan menjual sahamnya kepada Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) sebanyak 30 peratus. Ini cukup mengejutkan dan tidak keterlaluan kalau kita katakan ini pun boleh jadi punca kenapa projek super kapcai Modenas dihentikan.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Tetapi, ada tapinya... Ini membuka satu lagi cerita baharu yang lain. Khabarnya, projek super kapcai Modenas yang terbengkalai itu akan dibangunkan semula secara usahasama Modenas-Kawasaki dengan kos pembangunan dikatakan mencecah RM20 juta! Teruja tak ni?

RM20 juta bukan kos pelaburan yang kecil-kecil anak. Nampak macam mengarut  pun ada memandangkan tidak banyak negara dunia yang memiliki pasaran kapcai yang besar. Malah di Asean sendiri, cuma Malaysia dan Vietnam saja yang menjadi kubu kuat pasaran kapcai sedunia. Negara jiran lain masing-masing pun dah beralih kepada skuter dan sportbike aras mula.

Tetapi bila disebut pasal Kawasaki yang sedia arif dengan trend pembangunan dan pemasaran trenkuasa motosikal,  projek super kapcai Modenas pastinya dinilai sebagai bukan sia-sia. Malah Kawasaki sendiri memang menggunakan trenkuasa sama untuk menghasilkan bermacam-macam segmen motosikal berbeza.

Jadi projek enjin super kapcai tidak harus disempitkan kepada pasaran kapcai semata-mata. Asas projek super kapcai itu boleh saja dikembangkan menjadi pelbagai produk motosikal lain seperti skuter dan sportbike. Malah menggunakan label Kawasaki untuk memasarkan kapcai pertama jenama itu.

Kalau betul apa dikhabarkan, harapnya jangan la lama sangat buat kerja. Lagipun prototaip pun dah siap kan?

Moped Modenas
Foto Moped Modenas_PanduLaju (9)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (8)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (7)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (6)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (5)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (4)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (3)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (2)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (1)
moped modenas
Moped Modenas
Harga Moped Modenas
moped 175cc Modenas
harga moped modenas
moped 175cc Modenas
2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Datuk Seri Syed Faisal Albar, Kawasaki, sembang deras, Super Kapcai, super moped, super moped modenas

Comments

  1. faris daniel says

    February 13, 2020 at 3:22 PM

    Salam sejahtera. saya Daniel dari Budak Kimia. kami pengeluar produk premium penjagaan dan cucian motosikal. saya nak tanya jika pandulaju.com.my ada service paid review / ruangan berita di blog pandulaju.com.my atau di page facebook?

    Reply
  2. huhu hihi says

    March 10, 2020 at 9:16 AM

    kalau keluar aku trade in LC aku.

    Reply
  3. Ryu Fujikawa says

    April 4, 2020 at 9:18 PM

    Harap2 jadi betul lah, pastu rupa mcm yg org Vietnam render kt YouTube. Kalau ikut prototaip rupe die buruk ah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my