Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lakaran VW Caddy (2020) Didedah, Van Komersial dengan Rekabentuk Mengancam
Auto Terkini

Lakaran VW Caddy (2020) Didedah, Van Komersial dengan Rekabentuk Mengancam

Abang HirataBy Abang Hirata25/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN kini sedang menumpukan kepada peralihan teknologi dan undang-undang masa depan dengan giat membangunkan kenderaan dalam famili ID, iaitu segmen khas dalam teknologi elektrifikasi.

Namun, pengeluar itu tetap berpijak pada realiti semasa yang mana kenderaan konvensional masih diperlukan ramai. Terbaharu, Volkswagen mendedahkan lakaran awal Caddy, iaitu van komersial dan MPV keluarga yang bakal dilancarkan pada 2020.

BACA >>> Volkswagen ID Buggy – Ilham Kereta Bugi Pantai California Era 1960-an

Melihat perkongsian lakaran tersebut, yang direka 100 peratus baharu, model Caddy itu nampak seperti Volkswagen Golf versi van. Bumbung sedikit landai ke bawah dengan bahagian sisi badan beralun. Volkswagen nampaknya bukan saja mahu mensasarkan pelanggan komersial, tetapi juga kalangan pengguna gaya hidup aktif dan penggemar sukan.

Memang masuk akal apa dilakukan Volkswagen kerana pengguna Eropah memang gemarkan aktiviti luar seperti berbasikal, mendaki, meluncur dan sebagainya.

Selain rekabentuk menarik, ciri lain juga sporty seperti rekaan lampu depan dan belakang dengan ciri LED, gril radiator tipis dan lencana besar. Juga kelihatan menonjol ialah saiz rim besar, tetapi masih terlalu awal mengesahkannya kerana jarang van komersial dibekalkan rim bersaiz besar kecuali keluaran MS-RT untuk van Transit.

Seandainya model pengeluaran menghampiri lakaran itu, Volkswagen nampaknya menetapkan penanda aras baharu dalam segmen van komersial. Ia tidak perlu lagi tampil konservatif dan membosankan. Lihat saja trak pikap moden yang hari ini kebanyakannya sudah pun tampil sporty dengan rupa agresif dan garang.

BACA >>> Pembeli UK Boleh Pandu Uji Dua Hari untuk Volkswagen Touareg

EV Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Van Van Komersial Volkswagen Volkswagen Caddy Volkswagen Commercial Vehicles Volkswagen I.D. Volkswagen ID VW Caddy
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.