Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Passat (2020) Kekal Guna Platform Sama, Tetapi Bergaya Baharu Lebih Segar
Auto Terkini

Volkswagen Passat (2020) Kekal Guna Platform Sama, Tetapi Bergaya Baharu Lebih Segar

Han OthmanBy Han Othman13/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passat (2020) bersedia melakukan debut awam di Pameran Auto Detroit, bulan depan dengan menyiarkan beberapa perincian penting tentang sedan saiz pertengahan itu menjelang pendedahan rasmi. Ini mungkin mengecewakan bagi sesetengah peminat sedan itu, tetapi Passat baharu ini ialah versi segar semula untuk model yang sudah berada di pasaran sejak 2011.

Tidak seperti model Volkswagen baharu lain, yang dibina atas arkitektur MQB, Passat (2020) menggunakan platform sama seperti model terdahulu atas alasan tertentu.

BACA >>> Volkswagen Passat Baharu Didedahkan di China, Masih Bergaya Lama, Tetapi Lebih Kacak

Pengurus barisan produk Passat, Steve Warrick berkata, tiada apa yang tidak kena dengan platform dahulu sambil menambah pelanggan juga tidak pernah mengadu tentang kekurangan atau kekurangan ciri baharu.

“Kami sentuh setiap bahagian logam kecuali bumbung,” kata Warrick.

Ini memberi isyarat Passat (2020) memiliki rupa baharu lebih segar dan agresif berbanding model terdahulu. Jurutera Volkswagen turut mengubah bahagian mekanikal tertentu, termasuk trenkuasa dan meringkaskan struktur kemasan dengan mengurangkan kombinasi model yang boleh ditempah daripada 17 kepada lima pilihan sahaja.

SATU VARIAN ENJIN SAHAJA

Satu-satunya enjin yang akan ditawarkan ialah 4-silinder 2.0L pengecasturbo. Trenkuasa ditala semula untuk memberikan lebih tork, iaitu 280Nm, berbanding 249Nm sebelum ini. Bagaimanapun angka kuasa kuda (hp) tidak didedahkan, tetapi dijangka menyamai rating model sedia ada, iaitu 174hp dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Passat (2020) ini turut menawarkan teknologi bantuan pemandu termaju, sama seperti dimiliki pesaing lain seperti ciri Pemantau Titik Buta (BSM), lampu utama LED, kawalan suara dan banyak lagi. Sistem infotainment diubah, termasuk sistem kawalan jelajah adaptif (ACC) yang kedua-duanya kini lebih mesra pengguna.

Menurut Volkswagen, alasan kenapa pengeluar itu memutuskan mengekalkan pendekatan konservatif untuk Passat (2020) ialah nilai. Passat sedia ada secara asasnya menawarkan ruang belakang dan but yang luas dengan dinamik dan kehalusan pemanduan terbaik. Bagi kekal kompetitif dalam pasaran yang sengit, Volkswagen perlu lebih teliti dan cerewet dalam menilai setiap perubahan kerana melibatkan aliran tunai.

BACA >>> Volkswagen Passat GT (2018) yang Serba Sporty – Enjin V6 3.6L, 280hp

JIMAT KOS

Tambahan lagi perlu berdepan lawan hebat dalam kelas sama seperti Honda Accord, Nissan Altima serba baharu dan Mazda6 yang sporty. Malah, pelaburan perlu dibuat untuk menghasilkan model serba baharu ialah bernilai berbilion dolar. Duit itu sepatutnya dibelanjakan untuk menghasilkan model baharu yang dikemas kini bagi mengelak lawan lain terus selesa menguasai pasaran.

Sebagai produk premium di Amerika Syarikat (AS), Volkswagen tidak merancang untuk menghentikan pengeluaran Passat, yang sudah berada kira-kira 40 tahun di pasaran Amerika dengan jualan keseluruhan 1.7 juta unit. Passat (2020) akan berada di 650 bilik pameran AS menjelang musim panas nanti. Spesifikasi lengkap akan didedahkan ketika tarikh jualan semakin hampir.

Roda4 Sedan sedan saiz pertengahan Steve Warrick Volkswagen Volkswagen Passat Volkswagen Passat (2020) Volkswagen USA
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.