• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Passat GT (2018) yang Serba Sporty – Enjin V6 3.6L, 280hp

Volkswagen Passat GT (2018) yang Serba Sporty - Enjin V6 3.6L, 280hp

January 13, 2018 By AO 3 Comments

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN akan memperkenalkan Passat GT (2018) sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, juga lebih dikenali sebagai Pameran Auto Detroit di Amerika Syarikat (AS), dengan menampilkan enjin 3.6L VR6 berkuasa 280hp.

Berasaskan trim R-Line, Passat GT baharu ialah model khas keluaran terhad hasil rekaan hab Volkswagen Amerika Utara berdasarkan maklum balas pelanggan dan pengedar di AS. Jadi, boleh dikatakan Passat GT ini adalah model khas versi AS sahaja.

BACA >>> Volkswagen Perkenal Passat PLUS - Dua Varian Baharu, Harga RM145K - RM170K

Standard luaran Passar GT (2018) didatangkan dengan lampu utama LED, termasuk juga lampu siang (DRL). Bampar R-Line diberikan dengan sedikit perbezaan pada gril corak sarang lebah (honeycomb). Strip merah yang digunakan pantas mengingatkan kita kepada jentera Golf GTI, manakala bumbung dikemaskan dalam warna hitam yang sepadan dengan penutup cermin sisi.

SERBA SPORTY

2018-VW-Passat-GT-V6-6
2018-VW-Passat-GT-V6-12
2018-VW-Passat-GT-V6-11
2018-VW-Passat-GT-V6-4

Penampilan luaran lain ialah rim aloi Tornado 19-inci, spoiler belakang hitam, bampar belakang sporty dan set lampu belakang gelap yang disatukan dengan dwi ekor ekzos, sekali gus melengkapkan perbezaan antara Passat versi GT dan standard.

Enjin V6 berkapasiti 3.6L sudut kecil menghasilkan kuasa 280hp dan tork 349Nm berserta transmisi automatik 6-kelajuan dengan pedal syif pada roda stereng. Catatan ekonomi bahan api menurut rating EPA ialah 19mpg (8km per liter) di bandar dan 28mpg (11.9km/liter) di lebuh raya.

BACA >>> 8 Perkara Volkswagen Passat B8 Yang Perlu Anda Tahu

Tema sporty turut diterapkan untuk kemasan dalaman dengan menampilkan trim hitam piano, dekorasi optik gentian karbon, siling hitam dan sil aluminium lambang GT. Kerusi pula mendapat kemasan kulit artifisial, leatherrette hitam dan kelabu Moonrock Gray.

Menurut Volkswagen, Passat GT (2018) dijangka tiba di bilik pameran seluruh AS pada suku kedua tahun ini dengan harga bermula AS$29,940 (RM118,866), termasuk caj penghantaran AS$850 (RM3,374).

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Volkswagen Tagged With: 2018 Volkswagen Passat GT, NAIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, Roda4, Sedan, Segmen D, Volkswagen, Volkswagen Passat, Volkswagen Passat GT (2018), vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my