• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Passat Baharu Didedahkan di China, Masih Bergaya Lama, Tetapi Lebih Kacak

Volkswagen Passat Baharu Didedahkan di China, Masih Bergaya Lama, Tetapi Lebih Kacak

October 15, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN di China hari ini mendedahkan Passat baharu yang tampil lebih panjang berbanding model sedia ada. Jadi ada kemungkinan model sama juga akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

Dengan rupa depan dipengaruhi Arteon, sedan segmen-D itu kali ini menampilkan rekabentuk baharu Volkswagen yang ringkas dan elegan, berbeza berbanding Passat sedia ada. Pintu belakang juga nampak lebih kecil yang menunjukkan model Passat ini lebih berorientasikan pemandu, manakala ruang kabin kurang dimewahkan.

BACA >>> Volkswagen Perkenal Passat PLUS - Dua Varian Baharu, Harga RM145K - RM170K

Dalaman Passat masih tidak jauh berbeza dengan model sedia ada, tetapi mungkin versi tempatan ada perubahan kerana pembeli segmen ini di Malaysia lebih sukakan sedah gaya mewah dengan upholsteri dua tona antara warna gelap dan cerah.

Passat ini lebih panjang kira-kira 3 inci berbanding model sekarang, manakala kerusi belakang nampak lebar dengan penyandar kepala besar.

Rupa gril baharu memberikan rupa lebih segar dan pasti menggembirakan peminat Volkswagen yang mengeluh bosan dengan rekabentuk sedia ada. Namun, masih tidak pasti adakah rekabentuk China itu sama untuk versi Malaysia kerana Passat Eropah pun masih bergaya lama.

GALERI

 

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: China, Roda4, Sedan, sedan segmen-D, Segmen D, Volkswagen, Volkswagen China, Volkswagen Passat (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my