Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf R 333 Limited Edition (2024) dengan Kuasa 333ps, 270kmj, Ekzos Akrapovic!
Roda4

Volkswagen Golf R 333 Limited Edition (2024) dengan Kuasa 333ps, 270kmj, Ekzos Akrapovic!

Abang HirataBy Abang Hirata21/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 8 Ogos lalu, Volkswagen mempamerkan hatchback prestasi Volkswagen Golf R versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang Pekan, Pahang, sekali gus detik membanggakan buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara luar Jerman yang memasang model itu.

Model seperti Volkswagen Golf R adalah ibarat logam berharga di ambang populariti kereta elektrik. Model siri ‘R’ adalah lebih istimewa berbanding Volkswagen Golf GTI kerana dilengkapi beberapa ciri khas.

Malah, sejak 2002, lebih 250,000 unit Volkswagen Golf R terjual serata dunia. Menambah lagi keistimewaan, Volkswagen menawarkan Golf R 333 Limited Edition di Jerman dan seperti namanya, dihadkan 333 unit sahaja.

Model terhad ini dibangunkan daripada Volkswagen Golf R Performance dengan enjin EA888 2.0L TSI yang menghamburkan output kuasa 333ps (331hp) yang sekali lagi melambangkan nama model tersebut.

Enjin itu dipadan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan DSG, dan kuasa yang dihasilkan adalah paling tinggi dalam siri Golf dengan daya kilas sekuat 420Nm. Volkswagen turut menala semula enjin untuk menghasilkan respons serta-merta yang ekstrem.

Unit pengecas turbo berada dalam keadaan tersedia (preloaded) untuk mengekalkan pada halaju malar dalam pemanduan dengan kelajuan sederhana (partial-load).

Situasi itu membolehkan janaan kuasa lebih pantas untuk pecutan seterusnya. Injap trotel terbuka dalam fasa pecutan juga meningkatkan dinamika dan prestasi atas jalan.

Impak tersebut diterjemah pada daya kilas enjin yang diperoleh lebih pantas dan respon enjin lebih baik ketika pemandu menginjak kaki dari pendikit dan memecut semula.

Karakter sebegitu menjadikan sesebuah kereta cukup sedap dan ketagih ditekan. Daya pecutan 0-100kmj pula hanya memerlukan 4.6 saat, manakala kelajuan maksimum mencapai 270kmj.

Dari segi pemanduan dan pengendalian, kereta dengan pacuan semua roda (AWD) 4Motion ini dilengkapi ciri Pemvektoran Tork (torque vectoring) R-Performance, termasuk Pengurus Dinamika Kenderaan (VDM).

Sistem itu bukan saja mengagihkan kuasa pacuan antara gandar depan dan belakang, tetapi juga antara dua roda belakang. Mod Drift dan Special direka untuk pemanduan di litar ekstrem seperti Nürburgring.

Ciri asas  model ini terdiri daripada kerusi sport premium dibalut kulit Nappa dan lampu besar IQ.LIGHT LED matriks dengan pakej Light dan Vision. 

Sistem bantuan pemanduan IQ.DRIVE pula terdiri daripada Bantuan Perjalanan yang membantu mengekalkan lorong dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti & Mula (Stop & Start).

Turut dilengkapi pada model ini ialah beg udara tengah (depan) dan sistem kamera pandang belakang. Sistem audio Harman Kardon dengan 8+1 pembesar suara dan output 480W memberi bunyi berkualiti kepada pemandu dan penumpang.

Luaran kereta menyerlah dalam warna Lime Yellow Metallic, grafik sisi badan dengan nombor 333 dan rim hitam Estoril 19 inci yang dipadankan tayar semi-slik.

Sistem ekzos R Performance daripada Akrapovič dengan silenser titanium menyerlahkan lagi karakter prestasi hot-hatch ini.

Tempahan buat pelanggan Jerman sudah dibuat dengan serahan dijadual Oktober depan. Harga Volkswagen Golf R 333 Limited Edition adalah bermula €76,410 (RM387,865)

BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!
BACA >>> Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!

hot-hatch Roda4 Volkswagen Golf Volkswagen Golf R Volkswagen Golf R 333 Limited Edition vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.