Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf R (2023) CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM330k
Roda4

Volkswagen Golf R (2023) CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM330k

Han OthmanBy Han Othman09/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Volkswagen Golf R (2023) versi pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga anggaran bermula RM330,000 hingga RM350,000.

’R-Rated’ Golf R dilancarkan bersama ‘R Performance Package’ sebagai standard yang Terdiri daripada ekzos titanium Akrapovič, mod Drift dan Special, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril 19 inci.

Ekzos yang kini 7kg lebih ringan direka pengeluar ekzos terkemuka Akrapovič yang terkenal dengan sistem ekzos premium dan berprestasi tinggi serta cukup sinonim dengan model terbaik Volkswagen seperti Golf R dan GTI.

Satu lagi kemas kini menarik Volkswagen Golf R (2023) ialah mod Drift dan Special yang boleh diakses menggunakan butang ‘R’ pada stereng sporty dengan rekaan bawah rata.

Apabila diaktifkan, mode Drift akan menyah aktif sistem Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan menyalurkan kuasa tork secara seimbang kepada roda belakang, sekali gus memberikan pengalaman pemanduan lebih mengujakan.

Mod Drift sangat sesuai untuk membuat aksi menggelincir, manakala mod Special pula terbaik untuk merasai pengalaman memandu atas permukaan jalan tidak rata kerana suspensi ditala untuk kontak optimum dengan permukaan jalan.

Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mod tersebut memberikan hothatch ini talaan yang mampu memenuhi keperluan khas untuk dipandu atas antara litar paling mencabar dunia.

Ciri tambahan baharu lain ialah paparan dongak (HUD) yang dipancarkan ke cermin utama, pengecas telefon pintar wayarles dan lampu suluh tinggi automatik (AHB).

Di bawah bonet Volkswagen Golf R (2023) dikuasakan enjin turbo 2.0 TSI yang mampu menjana output kuasa 318hp (320ps) dan tork 400Nm. Anjakan gear sangat pantas dengan transmisi DSG 7-kelajuan.

Aspek keseimbangan dan cengkaman dikekalkan sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION bersama ciri pemvektoran prestasi tork. Pecutan 0-100kmj hanya mengambil masa 4.8 saat.

Aspek keselamatan disokong teknologi IQ.DRIVE yang terdiri daripada ciri Bantuan Travel (TA) dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi (SA), Bantuan Depan (FA), Bantuan Lorong (LA) dan Bantuan Kecemasan (EA).

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev yakin Volkswagen Golf R versi CKD akan mengujakan peminatnya di Malaysia.

Kami sangat berbangga memperkenalkan Golf R baharu kepada semua peminat tegar kami. Dengan pelbagai penambahbaikan baharu, kami melihat hatchback prestasi tinggi ini sebagai jentera pemanduan terunggul atas jalan raya dan litar lumba, dengan harga sangat menarik.

”Menjadi negara pertama selain Jerman yang memasang model ini memang menjadi penghormatan besar buat kami. Mandat istimewa diberikan Volkswagen Jerman membuktikan komitmen berterusan kami terhadap jenama ini.

“Dengan pengenalan model baharu ini, saya berbesar hati mengumumkan bahawa rangkaian produk kami dipasang di kilang Volkswagen di Pekan,” katanya.

Lencana R bukan sesuatu asing dalam dunia Volkswagen. Model-model R mewakili jentera Volkswagen paling berkuasa dan terbaik.

Golf R ialah model Volkswagen paling sporty dan beremosi, selain memberi ilham kepada peminat hatchback bergenerasi lama.

Asal usul Volkswagen Golf R dapat dilihat bermula model R32 yang dilancarkan lebih dua dekad lalu. Dengan enjin 3.2L aspirasi natural (NA), iaitu versi enjin VR6 Volkswagen unik. R32 juga Volkswagen pertama dilengkapi kotak gear dual-klac (DCT).

Selepas lima generasi, Volkswagen Golf R kekal sebagai Golf ‘halo’ sebagai salah satu model serba lengkap yang ada di pasaran. Sebab itulah lebih 250,000 unit model ini sudah dihasilkan dan dijual seluruh dunia.

Volkswagen Golf R (2023) baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna – warna biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).

Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my.

hothatch Roda4 Volkswagen Golf R (2023) CKD Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

#AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

29/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

29/04/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

28/04/2026
Auto Terkini

Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

28/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
MV Agusta F3 R 2026
Roda2

MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

By Abang Hirata22/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.