Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Volkswagen Golf GTI MK1 Versi LEGO Bakal Ada Di Pasaran Jika Cukup Sokongan
Autotainment

Volkswagen Golf GTI MK1 Versi LEGO Bakal Ada Di Pasaran Jika Cukup Sokongan

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka permainan blok plastik, LEGO kini bukan saja jadi kegilaan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Malah, mainan tersebut kini bukan hanya terhad kepada objek kegemaran kanak-kanak seperti kapal angkasa atau watak kartun, tetapi turut melarat kepada barangan kesukaan lelaki dewasa seluruh dunia, iaitu kereta! Daripada kereta rali Lancia Stratos hingga Porsche 911 GT3 RS, kali ini giliran Volkswagen Golf GTI MK1 pula di-LEGO-kan.

Set dikirim Hasskabal dalam laman web LEGO IDEAS boleh dikatakan antara rekaan VW Golf GTI MK1 paling tepat dan kemas pernah dihasilkan. Bersama trim merah pada bahagian depan dan nombor plat kecil, VW Golf GTI MK1 buatan tangan Hasskabal itu nyata menggiurkan sesiapa sahaja peminat miniatur kereta.

LEGO IDEAS

Sebenarnya, perkara paling mengagumkan ialah perincian dalaman hot hatch tersebut. Begitu lengkap dengan rekaan papan pemuka, roda stereng dan dua baris kerusi yang betul. Malah, bonet kereta boleh dibuka dan anda dapat melihat enjin LEGO di dalamnya. Mujurlah, kereta itu tidak dapat dihidupkan.

Ini bukanlah kali pertama model-model Volkswagen di-LEGO-kan. Kereta ikonik, Beetle misalnya adalah antara model daripada cetusan ilham peminat di LEGO IDEAS yang kemudian berjaya direalisasikan kemunculannya di pasaran umum.

Namun, tidak semua, rekaan dalam LEGO IDEAS dapat peluang berada di pasaran seperti VW Beetle melainkan mendapat cukup sokongan daripada pengunjung laman web berkenaan. Persoalannya, apakah VW Golf GTI akan mendapat cukup sokongan daripada anda semua? Mungkinkah versi LEGO akan dapat berada di atas rak miniatur anda tidak lama lagi? Sekarang, sila ‘support’ kemunculan VW Golf MK1 versi LEGO!

GALERI

autotainment LEGO LEGO IDEAS Volkswagen Volkswagen Beetle Volkswagen Golf GTI MK1 VW Golf GTI MK1
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026

1 Comment

  1. Vibor Cavor on 22/11/2016 22:53

    Dear Sir / Madam
    Karmann Ghia to me is one of the most interesting cars and I do believe I have recreated it well since people who saw it say the same. So far on LEGO IDEAS I have reached well over 1K votes but time is running out and I need more people to see it to reach the final of 10K in order to be reviewed for a potential set. I would be honoured if you could help out simply by publishing it by making a small article.

    Thank you very very much

    best regards

    Vibor Cavor

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.