Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel
Auto Terkini

Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENYEBUT tentang diesel dan Volkswagen, kita pasti akan teringatkan skandal ‘Dieselgate’. Namun, langkah diambil  Volkswagen Australia ini tiada kaitan dengan skandal tersebut, apabila wakil pengeluar itu memutuskan menghentikan produk kenderaan diesel yang akan berkuatkuasa beberapa bulan akan datang.

Memetik sumber berita daripada portal Motoring, Volkswagen Australia bakal menamatkan barisan model diesel di negara itu pada Oktober nanti, serentak pelancaran Golf (2019) dengan bekalan teknologi turbo. Kehadiran trenkuasa baru itu sudah pun dapat dijangka berikutan keputusan Volkswagen Australia menamatkan jualan Passat Diesel, awal tahun ini.

BACA >>> Amerika Bakal Hilang Volkswagen Diesel Selamanya, Tawar Kereta Elektrik Sebagai Ganti

Volkswagen turut menghentikan penjualan Jetta dan hanya menjual Arteon berenjin diesel biasa. Dalam masa terdekat, korban yang akan menyusul ialah Passat Alltrack Turbo Diesel dan Tiguan. Ini bermaknan model diesel hanya aan kekal ditawarkan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV), Touareg generasi ketiga, dan Amarok apabila dilancarkan tahun  depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen Group Australia, Michael Bartsch berkata, pemansuhan produk diesel itu ialah komitmen pengeluar itu dalam mengurangkan opsyen enjin diesel supaya tidak terlalu rumit. Ini termasuk  melabur secara agresif untuk pembangunan kenderaan elektrik (EV) masa depan.

“Walaupun tiada isu emisi, kami masih perlu beri tumpuan kepada isu rumit. Kami sudah hilang dan akan kehilangan varian lain. Ini dicepatkan dengan isu Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP),” katanya.

BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

Jualan kenderaan diesel di Australia menurun drastik beberapa tahun terakhir ini. Pada 2017, jualan enjin diesel hanya menyumbang 22.2 peratus daripada jumlah perkongsian pasaran di negara itu.

Auto Terkini diesel Dieselgate Michael Bartsch b Roda4 Volkswagen Volkswagen Diesel Volkswagen Group Australia Volkswagen TDI WLTP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.