• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Amerika Bakal Hilang Volkswagen Diesel Selamanya, Tawar Kereta Elektrik Sebagai Ganti

October 6, 2016 By AO 1 Comment


SEJAK terbongkar skandal penipuan emisi diesel, semua model Volkswagen diesel dilarang dijual di seluruh negeri dalam Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2017. Dalam perkembangan terbaru, Volkswagen yakin dapat menyelesaikan isu berhubung skandal emisi diesel itu menjelang penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, jika betul dapat dilakukan, pengeluar automobil Jerman itu tetap berdepan dengan kesan buruk akibat skandal tersebut, di mana ada kemungkinan tiada lagi model Volkswagen diesel di pasarkan di AS. Menurut agensi berita, Reuters, berdasarkan laporan tuntutan mahkamah oleh pengedar-pengedar Volkswagen menunjukkan tiada lagi kenderaan diesel dijual bagi model pengeluaran 2016 dan 2017. Volkswagen juga tidak dapat memastikan masa sebenar bilakah jualan kenderaan diesel akan dimulakan semula.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 2]: 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Penyelesaian Volkswagen

Kini, Volkswagen sedang cuba memulihkan reputasi jenama itu dengan memulakan inisiatif membangunkan kenderaan elektrik. Antara sebahagian perjanjian dengan Jabatan Keadilan AS, Volkswagen dituntut membelanjakan sejumlah AS$2 bilion (RM8.29 bilion) bagi sedekad akan datang untuk mendanai infrastruktur mengecaj kenderaan elektrik dan perkhidmatan perkongsian pemanduan emisi sifar di AS. Ia adalah sebagai ganti rugi ke atas skandal emisi diesel yang dilakukan.

volkswagen-id-concept-1
volkswagen-id-concept-2

Buktinya, pada Pameran Motor Paris baru-baru ini, Volkswagen tampil dengan model konsep dan prototaip kenderaan elektrik di panggil I.D. Concept (gambar atas). Ia seolah-olah memberi isyarat bahawa kenderaan elektrik futuristik mereka bakal memberikan impak sama seperti dicetuskan Beetle yang dikuasakan sistem pendingin udara pada abad ke-20 lalu.

Jika benar sebuah kereta elektrik dengan jarak perbatuan hampir 600km dapat dihasilkan, pembeli AS mungkin tidak perlu lagi merindui kehilangan kereta-kereta diesel Volkswagen.

BACA >>> Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel

SUMBER: RoadandTrack.com

Filed Under: Auto Terkini, Volkswagen Tagged With: auto terkini, diesel Volkswagen, I.D. Concept, Pameran Motor Paris 2016, skandal emisi diesel, skandal emisi diesel Volkswagen, Volkswagen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my