• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel

Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel

September 14, 2016 By AO 2 Comments

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA terlerai sudah segala kekusutan mengenai isu skandal emisi diesel di Amerika Syarikat (AS) apabila seorang jurutera Volkswagen mengaku bersalah pada Jumaat lalu di Mahkamah Daerah AS dekat Detroit.

James Robert Liang, 62, tampil membuat pengakuan bersalah atas konspirasi  menipu kerajaan AS dengan melanggar Akta Udara Bersih, dan jika disabitkan kesalahan, Liang bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun dan denda AS$250,000 (RM1.03 juta).

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 2]: 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Penyelesaian Volkswagen

Liang yang disebut sebagai penama pertama dalam tuntutan mahkamah ke atas Volkswagen di New York pada Julai lalu, didakwa menghasilkan sejenis peranti pengawal emisi diesel untuk enjin 2.0L TDI Volkswagen Jetta. Dia dikatakan mula membangunkan peranti tersebut sejak 2006 dan membuat ujian di kilang Volkswagen di California antara2015 dan 2015.

james-robert-liang
Liang mula bekerja di ibu pejabat Volkswagen di Wolfsburg, Jerman sejak 1983 sebelum berpindah ke kilang California pada 2008, di mana di situ dia memegang jawatan sebagai Ketua Kompetens Diesel. Pengakuan berkenaan adalah pertama membabitkan individu sebagai pekerja Volkswagen berhubung kes jenayah skandal emisi diesel pengeluar automotif Jerman itu.

Volkswagen pertama kali mengaku menggunakan peranti kawalan emisi pada September 2015 ke atas lebih 11 juta kenderaan diesel keluarannya yang dipasarkan seluruh dunia. Pakar menyatakan, pelepasan sisa asap kenderaan diesel Volkswagen melangkaui lebih 40 kali ganda berbanding had asal yang ditetapkan. Malah, Volkswagen bersetuju memperuntukkan sejumlah AS$16 bilion (RM66 bilion) di AS sahaja semata-mata untuk mengatasi isu skandal emisi diesel berkenaan.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 3]: Kartun Jadi Medium Protes, Volkswagen ‘Dibahan’ Teruk

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen

Artikel Berkaitan

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: James Robert Liang, skandal emisi diesel, skandal emisi diesel Volkswagen, skandal Volkswagen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my