Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang
Autotainment

Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

Han OthmanBy Han Othman04/11/20214 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAJIAN Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) mendedahkan 4 daripada 5 orang di Amerika Syarikat (AS) tidak memakai tali keledar apabila duduk di kerusi belakang jika jarak perjalanan dekat atau ketika menaiki teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Uber.

Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS, Jessica Jermakian berkata, sama seperti pemandu atau penumpang depan, asasnya kebanyakan orang dewasa yang duduk di kerusi belakang juga selamat. Namun, keselamatan itu tidak bermakna jika tali keledar tidak dipakai.

“Ini juga terpakai ketika menumpang Uber, Lyft atau kenderaan sewa lain,” katanya.

Tinjauan IIHS yang dibuat ke atas 1,172 responden dewasa berusia 18 tahun dan ke atas antara Jun dan Ogos tahun lalu mendapati cuma 72 peratus memakai tali keledar ketika duduk di kerusi belakang, berbanding 91 peratus di depan.


Ramai pengguna tidak sedar tentang fakta penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mampu mencederakan atau menyebabkan kematian penumpang depan.

Ini kerana impak rempuhan dari depan akan menyebabkan penumpang belakang tertolak dan menghentam kerusi depan hingga menyebabkan pemandu menghempap roda stereng. Jika penumpang depan pula, hentaman penumpang di belakang menyebabkan mereka menghentam papan pemuka.

Malah, statistik kemalangan di AS mendedahkan separuh daripada jumlah penumpang yang maut akibat kemalangan ialah disebabkan tidak memakai tali keledar.

Penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mungkin rasa mereka tidak cederakan sesiapa. Di kerusi belakang, tali keledar ialah perlindungan utama daripada perlanggaran depan. Tanpanya, badan mangsa boleh menghentam permukaan keras atau orang lain pada kelajuan tinggi yang mengakibatkan kecederaan serius.”

– Jessica Jermakian, Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS

Sekarang mari kita lihat sendiri kesan buruk akibat tidak memakai tali keledar belakang menerusi video ujian perlanggaran di bawah ini:

SUMBER: CarScoops

autotainment IIHS Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) kajian jalan raya tali keledar belakang tidak pakai tali keledar belakang tinjauan ujian perlanggaran videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.