Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Videotomotif: Abang Garang Kena Tidur Lokap Sebab Hamun Penguat Kuasa
Auto Terkini

#Videotomotif: Abang Garang Kena Tidur Lokap Sebab Hamun Penguat Kuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU rakaman video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang pemuda berkelakuan kasar terhadap seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) selepas berang disaman dalam insiden yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari, Selasa lalu.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/02/lelaki-serang-pegawai-MPKJ.mp4

 

Pemuda tersebut dilihat melontarkan kata-kata kesat kepada penguat kuasa tersebut dan kemudian bertindak menendang jatuh telefon pintar milik seorang saksi yang sedang merakamkan perbuatan biadapnya itu.

BACA >>> Benarkah Bawa Naik Motor Punca Lif PPR Rosak?

SUDAH KENA CEKUP POLIS

Perbuatan tidak berfikir panjang itu nyata mengundang padah apabila suspek akhirnya ditahan polis IPD Kajang beberapa jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis ada menerima laporan anggota pegawai MPKJ yang mendakwa diserang seorang lelaki ketika menjalan tugas mengenakan notis kompaun. Tangkapan dibuat sekitar jam 11.30 malam, hari sama.

Suspek tersebut kini direman untuk siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam bertugas. Rata-rata warga maya memuji sikap profesional ditunjukkan penguat kuasa tersebut.

BACA >>> Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan

APAKAH ‘SMART SELANGOR PARKING’?

Sebenarnya kita sebagai pengguna tidak perlu melenting sangat kerana sudah ada banyak kemudahan disediakan Kerajaan. Dalam kes seperti ini, kita dapat mengelak dikompaun sekiranya memuat turun aplikasi pembayaran dalam talian seperti Smart Selangor Parking.

Smart Selangor Parking ialah aplikasi perkhidmatan e-dompet yang menawarkan kaedah pembayaran parkir mudah tanpa tunai di Selangor, meliputi kawasan seperti berikut:

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Perbandaran Sepang (MPP)

Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada App Store (untuk pengguna iOS) atau Google PlayStore (Android). Ada juga aplikasi lain dengan ciri sama untuk kawasan berlainan. Jadi, tidak perlu lagi beli kupon atau berjalan jauh untuk cari mesin bayar parkir.

Lebih mudah dan senangkan? Nilai RM10-RM20 tidaklah besar mana kalau nak dibanding harga yang perlu dibayar kalau disuruh bermalam dalam lokap atau jel.

BACA >>> Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

SUMBER: Twitter

ACP Ahmad Dzaffir b.Mohd Yussof aplikasi pembayaran parkir Auto Terkini IPD Kajang Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Maki Penguat Kuasa pemuda serang pegawai MPKJ Smart Selangor Parking video tular Video Viral videotomotif
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.