• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

October 31, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SUNWAY memperkenalkan Sistem Parkir Pintar (SPS) di pusat beli-belah miliknya sebagai sebahagian usaha pelaksanaan aplikasi digital tanpa tunai dan tiket.

SPS Sunway berfungsi menggunakan ciri pengecaman nombor plat kenderaan dan pembayaran menerusi aplikasil e-dompet  seperti:

  • GrabPay
  • Boost
  • WeChat Pay
  • Alipay
  • Touch N Go (TnG) Digital
  • Maybank QR

Ini termasuk rakan kongsi kredit seperti:

  • MasterCard
  • Visa
  • American Express
  • JCB
  • UnionPay
  • MyDebit

Kini pengunjung tidak perlu menurunkan tingkap kereta untuk mengambil tiket parkir, dan hanya perlu mendaftarkan nombor plat kereta dalam portal Sunway Parking. Selepas mendaftar, pastikan nombor plat kereta anda dipautkan pada aplikasi e-dompet untuk buat bayaran.

Selepas pendaftaran berjaya, plat kereta anda akan diimbas sistem pengecaman nombor plat untuk disahkan sebelum palang dinaikkan automatik. Sebagai permulaan SPS akan dilaksanakan dalam kawasan Bandar Sunway, seperti Sunway Pyramid, Hotel-Hotel Sunway dan Menara Sunway.

BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)

Buat masa ini, sistem tersedia secara dalam talian bagi pemegang pas parkir bulanan dan akan dilancarkan kepada umum pada suku pertama tahun depan. Kepada pengunjung yang tiada aplikasi e-dompet atau tiada akses Internet, anda masih boleh menggunakan kad TnG atau sistem pembayaran automatik dalam tempoh tertentu untuk masa penyesuaian.

Pengunjung yang mendaftarkan nombor plat kereta semasa tempoh pra pendaftaran berpeluang menikmati sekali parkir percuma apabila dibuka kepada orang ramai nanti.

BACA>>>#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?
BACA>>>VW Bangunkan Sistem Parkir Autonomi, Kereta Pandu Sendiri Cari Petak Letak Kenderaan

VIDEO

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Parkir, Parkir Pintar, Petak Parkir, Sistem Parkir Pintar Sunway, Sunway, Sunway Putra, Sunway SPS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my