Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata
Auto Terkini

Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata

FarahBy Farah17/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMODALKAN RM50 dan keikhlasan ingin membantu mangsa banjir tanpa mengharapkan balasan, siapa sangka dapat mengubah hidup ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar.

Tidak hanya sekadar meraih populariti, Azwan terus dilimpahi rezeki apabila mendapat pelbagai sumbangan, termasuk hadiah berupa motosikal kuasa besar Yamaha XJ6 Diversion dan terbaharu, trak pikap Mitsubishi Triton.

Detik Azwan mendapat Triton itu turut dirakamkan pengasas kecantikan, Sha Hassan yang  dikongsikan dalam Instagram usahawan itu. Video itu nyata mengundang sebak rakyat Malaysia hingga ramai bergenang air mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)


Melihat reaksi spontan ibu dan bapa Azwan yang menadahkan tangan tanda kesyukuran apabila melihat kenderaan tersebut, termasuk reaksi bapanya bergenang air mata ketika duduk dalam trak pikap itu nyata mengusik hati.

Lebih syahdu, Sha Hassan turut bercerita mengenai bapa Azwan yang meluahkan kehidupan susah mereka dan tidak pernah menyangka diberikan rezeki sebegitu.

“Dari awal sehingga pulang ayah berulang kali menangis. Yang paling Sha sedih bila ayah tengok kereta dan barang barang keperluan di belakang kereta, ayah nangis dan ucap ‘Saya orang susah. tak pernah mimpi dan mintak nak dapat macam ni. Allah bagi anak pembawa rezeki 😭. Ayah tak mampu nak balas budi baik Sha’.

“Dengan saya sekali menangis kat situ. Saya jawab ‘Tak perlu balas apa ayah, sha tak mintak apa-apa. Allah ada, biar Allah yang balas’,” katanya.

Dalam ungkapan itu, pasti tersirat rasa syukur dan bangga seorang bapa terhadap anaknya.

Sebagai makluman, Azwan ada menjaga dua anak saudaranya sejak berusia setahun selepas pemergian kakak sulungnya. Moga keluarga ini terus dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki kepada usahawan Sha.

Berdasarkan video ditunjukkan, trak pikap dihadiahkan itu ialah Triton 4×4 manual, berharga RM100,200.

BACA>>> 4×4 Apa Abang Viva Dapat? Mitsubishi Triton!
BACA>>> Lelaki Misteri Hadiahkan Abang Viva XJ6 Diversion!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

SUMBER: Instagram ShaHassan22

Abang viva azwan omar Mitsubishi Triton sha hassan sha hassan hadiah kereta video abang viva
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.