Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Tayang 5 Model BEV Berlainan Segmen di Pameran ‘Toyota Beyond Zero’
Auto Terkini

UMWT Tayang 5 Model BEV Berlainan Segmen di Pameran ‘Toyota Beyond Zero’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/02/20242 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN jenis bateri elektrik (BEV) lebih pantas berkembang di negara ini disebabkan Kerajaan lebih cenderung menawarkan insentif terhadap segmen kenderaan tersebut, jauh berbeza kalau dibandingkan dengan produk kenderaan hibrid (HEV).

Melihat pada portfolio produk UMW Toyota Motor (UMWT), pemasang dan pengedar kenderaan jenama Jepun itu belum ada sebarang kenderaan elektrik penuh meskipun ada ura-ura menyatakan model BEV Toyota bZ4X akan dilancarkan tidak lama lagi.

Di Pameran Toyota Beyond Zero, UMWT mengambil peluang keemasan itu untuk membawa masuk lima model BEV dalam segmen berbeza untuk tontonan sepanjang lapan hari acara berlangsung.

Lima model itu ialah Toyota Hilux Revo e, bZ4X, e-Palette Concept, C+POD dan Lexus RZ. Berikut ialah perinciannya:

Toyota Hilux Revo e

Hilux Revo e ialah trak pikap BEV pertama Toyota dan dihasilkan di Asia. Kenderaan itu mudah dipandu dengan kadar bunyi serta getaran rendah selain daya pecutan lancar.

Setakat ini, konfigurasi badan jenis single cab dengan tujuan untuk kegunaan dalam perniagaan logistik, penghantaran dan perlombongan.

Hilux Revo e menggunakan pacuan motor roda belakang dan mampu mencapai jarak perbatuan 200km dengan setiap cas penuh. Bateri digunakan jenis litium ion.

Toyota bZ4X

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh ini sepatutnya dilancarkan tahun lalu, namun tergendala dan pelancarannya ditunda hingga tahun ini?

Toyota bZ4X ialah salah satu siri BEV Toyota bZ memiliki rekabentuk berteknologi tinggi dan ekspresi emosi tersendiri. Kenderaan yang berasaskan bateri litium ion 71.4 kWh dan pacuan roda depan boleh dipandu sejauh 436km dengan setiap cas.

Unit motor menghasilkan output kuasa 150kW (201hp) dan tork 266Nm.

Toyota e-Palette Concept

e-Palette ini adalah kenderaan pertama dicipta Toyota untuk servis mobiliti dan komersial. Nampak seperti sebuah bas mini moden tetapi sesuai juga digunakan sebagai kaunter bergerak agensi kerajaan.

‘Bas mini’ ini memiliki lantai landai rendah dengan bukaan pintu luas untuk memudahkan penumpang keluar masuk. Menariknya, kenderaan itu sudah bersedia menerima sistem pemanduan berautonomi.

Kenderaan jenis pacuan roda depan itu boleh membawa seramai 17 penumpang termasuk pemandu sejauh 200 hingga 300km dengan satu cas bateri penuh. Kelajuan maksimum cuma 80kmj dan beratnya pula 2,950kg.

Toyota e-Palette Concept

Toyota C+POD

C+POD pula kereta ultra kompak BEV dengan dua kapasiti tempat duduk. Kenderaan seperti itu dikatakan menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada penggunanya.

Kenderaan seberat 690kg itu menggunakan sistem pacuan roda belakang menawarkan kelajuan maksimum 60kmj dan boleh capai jarak sejauh 150km dengan setiap cas.

Dimensinya cuma panjang 2,490mm, lebar 1,290mm dan tinggi 1,550mm. Motor elektrik C+POD menawarkan kuasa 9.2 kW dan menggunakan bateri 9.1kWh.

Lexus RZ

Satu-satunya model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik jenama Lexus dipamerkan di pameran Toyota Beyond Zero. Model itu mengetengahkan rekabentuk anggun dengan grill Lexus.

SUV pacuan semua road itu menggunakan bateri litium ion 71.4kWh yang menawarkan jarak pemanduan hampir 440km dengan setiap cas penuh.

  • Output kuasa 230 kW (depan: 150kW, belakang: 80kW)
  • Output tork: depan 266Nm, belakang 169Nm
  • Dimensi: panjang 4,805mm, lebar 1,895mm dan tinggi 1,635mm
autoterkini Roda4 Toyota Beyond Zero UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026

    2 Comments

    1. Toyota on 08/03/2024 10:19

      Terbaik Toyota , semoga lebih maju jaya dan terus bersaing dgn kereta2 EV dari china!

      Reply
    2. Toyota No.1 on 19/11/2025 17:10

      Toyota = All time best so far! Quality & durability unchallenged!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.