Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Bawa Masuk Toyota bZ4X untuk Kajian Capai Misi Neutral Karbon Menjelang 2050
Auto Terkini

UMWT Bawa Masuk Toyota bZ4X untuk Kajian Capai Misi Neutral Karbon Menjelang 2050

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) membentangkan strategi haluan syarikat itu dalam menyokong misi Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dengan membawa masuk unit sampel kenderaan elektrik bateri (BEV) Toyota bZ4X.

Unit itu didaftarkan UMWT di Malaysia sebagai sebahagian strategi Beyond Zero Toyota untuk penilaian pasukan teknikal syarikat, dan pihak berkepentingan dalam sektor Kerajaan dan swasta yang berusaha merealisasi solusi pengangkutan peribadi rendah karbon.

Pada Januari lalu, lima unit Toyota Mirai diserahkan kepada SEDC Energy Sarawak dan Premier Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Toyota Mirai ialah kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV) yang menjadi sebahagian usaha Sarawak memulakan ekonomi hidrogen di negeri berkenaan.

Selain Mirai dan BZ4X, model hibrid (HEV) Toyota Corolla Cross Hybrid yang kini dipasang di subsidiari UMWT Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Selangor turut menunjukkan komitmen UMWT ke arah neutral karbon.

UMWT Shah Alam menganjurkan pameran strategi pelbagai laluan syarikat ke arah neutraliti karbon dengan mempamerkan Toyota bZ4X dan potongan Sistem Hibrid Toyota yang melambangkan asas kepimpinan Toyota dalam teknologi HEV.

Toyota menjual 18.1 juta unit kenderaan seluruh dunia sejak 1997, dan sehingga kini sudah menjual lebih 20 juta EV seluruh dunia yang menyumbang kepada pengurangan karbon dioksida (CO2) sebanyak 165 juta tan metrik.

Model hibrid Toyota mempunyai sejarah panjang yang terbukti reliabel dalam kondisi jalan raya Malaysia sejak 2009. Ini kerana sistem pacuan elektrik hibrid penuh dwi-motor yang mengecas sendiri tidak bergantung pada infrastruktur pengecasan awam.

Toyota percaya HEV adalah penyelesaian paling praktikal dan kos efektif untuk rakyat Malaysia masa kini yang menjanjikan pengurangan karbon serta-merta tanpa menjejaskan praktikaliti pemanduan jauh dan tenang fikiran.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata;

Untuk Malaysia, kami percaya HEV paling sesuai untuk rakyat Malaysia kerana sumber bahan api janaan elektrik kami dan ketersediaan infrastruktur pengecasan luar pusat bandar di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Kami akan menambah lebih banyak model HEV pada 2023.”

Bagaimanapun, Toyota menyedari teknologi BEV sangat penting ke arah misi neutral karbon. Justeru bagi menyokong ekosistem mesra BEV, UMWT akan menyokong visi Malaysia mencapai 4,000 poin pengecasan EV menjelang akhir tahun ini.

Apabila infrastruktur yang menyokong BEV bertambah baik, UMWT akan melancarkan model BEV dalam tempoh terdekat.

Toyota menjual kenderaan ke lebih 170 negara seluruh dunia dan memahami keperluan pelanggannya sangat berbeza. Begitu juga ketersediaan tenaga boleh diperbaharui yang bersih. Justeru Toyota tidak akan meninggalkan mana-mana kumpulan pelanggan dalam usaha mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Ravindran K berkata;

Pelanggan Toyota datang dari latar belakang pelbagai, bukan saja pelanggan yang tinggal di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, tetapi juga Malaysia Timur.

“Kami percaya dalam memberi pilihan kepada pelanggan yang akan menentukan solusi hijau terbaik untuk mereka. Kami akan terus menilai pilihan berbeza dan memperkenalkan mengikut kesesuaian.”

BACA >>> Skandal Daihatsu: UMW Toyota Sahkan Vios Serba Baharu Patuh Regulasi Kualiti
BACA >>> UMWT Kekal Jenama Bukan Nasional No. 1 Malaysia, Banyak Model Baharu Bakal Lancar

Auto Terkini BEV Carbon Neutral HEV neutral karbon Toyota Toyota bZ4X Toyota Mirai UMW Toyota Motor (UMWT) UMWT
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.