Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMW Toyota Lancar Kilang Kedua di Bukit Raja dengan Pengeluaran 50k Unit Setahun
Auto Terkini

UMW Toyota Lancar Kilang Kedua di Bukit Raja dengan Pengeluaran 50k Unit Setahun

Abang GYLBy Abang GYL25/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melebarkan sayap menerusi pembukaan kilang kedua di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor, serentak meraikan ulang tahun ke-50 kemudahan pengeluaran Toyota di Malaysia.

Model pertama dipasangkan di kilang kedua UMWT ialah Vios serba baharu sebelum disusuli model hatchback, Yaris.

Menurut UMWT, pembinaan kilang ini menelan kos pelaburan bernilai RM2 bilion atas tapak berkeluasan 670,000 meter persegi. Kilang itu, yang dibangunkan sejak 2016, memiliki jumlah kapasiti pengeluaran hingga 50,000 unit setahun dengan dua syif operasi. Sementara itu, kilang di Shah Alam memiliki jumlah kapasiti pengeluaran hingga 38,000 setahun dalam satu syif.

BACA >>> Toyota Bina Kilang Baharu di Klang

Kilang kedua di Bukit Raja, Klang itu akan memasang semua kenderaan penumpang, manakala kilang sedia ada di Shah Alam masih menerusikan operasi seperti biasa yang menumpukan kepada pemasangan produk kenderaan komersial seperti Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Pengerusi UMWT, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, kilang kedua Toyota ini memiliki teknologi terkini dan canggih selain berkonsepkan cekap tenaga. 

BACA >>> Toyota Buka Kilang di Myanmar Walaupun Pasaran Kecil, Signal untuk Pengeluar Lain?

“Kami mahu terus meluaskan pasaran dengan terus menghasilkan lebih banyak vendor dan mempromosikan pemasangan tempatan lebih baik.  

“UMWT akan terus menyokong polisi Kerajaan dan hala tuju industri. Bagi meraikan ulang tahun ke-50 pengeluaran Toyota di Malaysia, UMWT menyumbang Toyota Yaris kepada Komuniti Belia Selangor (SAY) untuk kegunaan program melibatkan belia,” katanya. 

TRIVIA

Sejarah pengeluaran Toyota Malaysia:

  • 1968: Kilang Champion Motor di Shah Alam mula melakukan pemasangan tempatan, model pertama yang dipasang ialah Toyota Corolla KE10
  • 1975: Penjenamaan Champion Motor menjadi Assembely Service Sdn Bhd (ASSB)
  • 1982: Penubuhan Sejati Motor menerusi kerjasama antara Toyota Motor Corporation, Toyota Tsuho Corporation dan United Motor Works (UMW)
  • 1990: Pengeluaran Toyota ke 300,000 unit
  • 1996: Pemodenan kilang ASSB
  • 2000: Pengeluaran Toyota ke 500,000 unit
  • 2005: Pengenalan model generasi pertama Kenderaan Pelbagai Guna (IMV) antarabangsa
  • 2011: Pengeluaran 1,000, 000 unit & volum pengeluaran tertinggi Toyota Camry sebanyak 83, 000 unit
  • 2013: Pengeluaran Vios generasi ketiga
  • 2015:  Pengenalan Toyota Camry hibrid
  • 2016: Pengenalan model generasi kedua Kenderaan Pelbagai Guna (IMV) antarabangsa & memulakan pembinaan kemudahan kedua ASSB
  • 2019: Pengeluaran Vios serba baharu di kemudahan kedua dan pengenalan model Vios dan Yaris
1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) Assembely Service Sdn Bhd Bukit Raja Auto Terkini kilang toyota kilang toyota bukit raja Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman UMW Toyota Motor Sdn Bhd
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    Foton Aumark S Euro 5 AMT Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM128,800

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.